Niat Untuk Bergurau Makan Diri, Wanita Dikritik Teruk Netizen


Seorang wanita memuatnaik sekeping gambar yang berlatar belakangkan seorang kanak-kanak penggemis di laman sosial dengan niat bergurau nampaknya memakan diri apabila gambar tersebut membuatkannya dikritik hebat netizen.

Menurut netizen, tindakan wanita itu adalah begitu bongkak kerana perbuatannya itu seperti menghina orang miskin sedangkan kanak-kanak itu memang orang susah dan perlukan bantuan, bukannya sebagai bahan lawak.

Kejadian yang berlaku di sebuah restoran yang terletak di Lahad Datu, Sabah tersebut ternyata mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial dan berikut adalah reaksi mereka.



Bagaimanapun ada netizen yang mempertahankan tindakan wanita ini kerena menurut mereka, orang yang bukan berasal dari Lahad Datu Sabah tidak akan faham dengan situasi yang berlaku di sini.




Menurut mereka, kanak-kanak ini ramai dan apabila diberi wang makan akan datang lebih ramai yang akan meminta,

Ada juga yang memberitahu apa yang dilakukan itu mungkin sekadar bergurau kerana orang Lahad Datu faham dengan apa yang terjadi tetapi salahnya di memuatnaik gambar tersebut di laman sosial.

0 Response to "Niat Untuk Bergurau Makan Diri, Wanita Dikritik Teruk Netizen"

Post a Comment