PANAS!! KISAH ISTERI KANTOI 'MAKAN' LUAR


DERHAKANYA seorang isteri adalah tidak meminta izin untuk keluar pada suaminya. Sepandai pandai tupai melompat sesekali pernah jatuh juga, itulah ungkapan atau peribahasa yang sangat bernas diberikan pada orang yang berlaku curang dan menyembunyikan rahsianya.
TERBARU isteri muda mempunyai perwatakan alim menjadi bualan hangat di laman sosial. Apa tidaknya isteri yang selama ini nampak alim rupanya hanya dari luaran sahaja. Soraya adalah seorang Ustazah bukan nama sebenar telah kantoi dengan suaminya sendiri apabila makan di luar akibat pergaduhan rumah tangga mereka. Awal perkahwinan mereka ini cukup bahagia namun dalam sekelip mata tiba-tiba menjadi kucar kacir.
AL-KISAH ISTERI KANTOI MAKAN LUAR
Aman 31 tahun menceritakan kejadian itu berlaku selepas seminggu hubungan dengan isterinya agak dingin, sebelum ini sering bergaduh namun kemarahan isteri saya akan reda apabila saya pujuk katanya.
Pada satu malam itu saya baru balik dari masjid menunaikan solat isyak, saya nampak isteri saya keluar tanpa meminta izin,saya merasa pelik, biasanya kalau dia keluar dia akan meminta izin, saya pun berniat untuk ikuti keretanya dari belakang. Penampilan isteri saya yang cantik tidak mustahil lelaki mana saja yang melihatnya akan merasa tergoda, sebelum ini rakan dekat saya pun pernah memberitahu bahawa isteri saya ada menyembunyikan sesuatu daripada saya.
Namun apabila saya tanya isteri,pergaduhan lah yang akan berlaku, seperti mana yang berlaku beberapa hari sebelum saya mengetahui segalanya. 
kantoi.jpg
Sekadar Hiasan
Setelah 30 minit saya mengekori kereta isteri saya tiba tiba dia berhenti dan keluar, dalam beberapa minit saya menunggu dan mengintai ada apa sebenarnya.
Tidak lama selepas saya mengintai dari dalam kereta alangkah hancur hati, hilang segala kepercayaan hanya Allah saja yang tahu perasaan saya pada masa itu, saya melihat isteri saya makan luar sorang diri di restoran mahal dengan berselera.
Sampai hati dia tidak mengajak saya makan, padahal saya pun belum makan lagi sejak dari siang tadi, luah Aman dengan nada sayu. Sebelumnya isteri Aman dikatakan tidak memasak di rumah karena merajuk akibat salah faham.
Pengajarannya disini yang perlu kita ambil pada SUAMI diluar sana:
* Seorang isteri wajib meminta izin daripada suaminya jika hendak keluar drpd rumah. Agar boleh mengelakkan fitnah dan salah paham. Termasuk yg baca ni pun dah salah paham.
Dah.. dah.., jgn senyum2 sendiri…

P/S : Apa-apa pun selidik dahulu sebelum menjatuhkan sesuatu hukuman pada seseorang.

0 Response to "PANAS!! KISAH ISTERI KANTOI 'MAKAN' LUAR"

Post a Comment