Kementerian Kesihatan
memandang serius kenyataan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),
Dr. Margaret Chan, seperti yang dilaporkan oleh media antarabangsa, bahawa
jangkitan virus Zika telah merebak dengan begitu pantas sekali di benua Amerika.
Ini adalah kerana Kementerian berpandangan risiko bagi penularan jangkitan ini
ke Malaysia adalah tinggi di atas sebab-sebab berikut:-
Malaysia mempunyai nyamuk
pembawa jangkitan ini iaitu nyamuk Aedes.
Densiti nyamuk Aedes di negara ini adalah sangat tinggi. Ini berdasarkan kepada hasil pemeriksaan premis-premis di seluruh negara serta hakikat bahawa kita juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.
Densiti nyamuk Aedes di negara ini adalah sangat tinggi. Ini berdasarkan kepada hasil pemeriksaan premis-premis di seluruh negara serta hakikat bahawa kita juga dibebani dengan masalah denggi yang disebarkan oleh nyamuk yang sama.
Penyakit ini belum terdapat di Malaysia dan oleh itu rakyat Malaysia amnya tidak mempunyai imuniti terhadap penyakit ini. Oleh itu, jika virus ini dibawa masuk oleh rakyat Malaysia yang dijangkiti atau pelancong luar ke Malaysia, ia boleh merebak dengan pantas.
Seperti denggi, tiada vaksin dan ubat khusus untuk membunuh virus ini. Oleh itu, orang yang dijangkiti akan menjadi sumber jangkitan kepada orang lain jika digigit oleh nyamuk Aedes.
Terdapat laporan menyatakan sebahagian besar (terdapat anggaran mengatakan 80%) tidak menunjukkan gejala dijangkiti, yakni mereka boleh menjadi pembawa yang sihat dan menyebarkan virus ini tanpa disedari.
Walaupun penyakit ini
hanya menyebabkan demam yang ringan serta bintik-bintik (rashes) di badan, sakit
sendi dan tidak menyebabkan kematian, namun Kementerian memandangnya dengan
serius sebab ia telah dikaitkan dengan kejadian microcephaly iaitu kelahiran
bayi dengan kepala/otak mengecil dan juga dikaitkan dengan gejala saraf iaitu
sindrom Guillain-Barre. Microcephaly merupakan kecacatan otak/kepala yang kekal
yang boleh mempengaruhi kualiti hidup bayi sehingga dewasa.
Namun begitu, menghalang
kemasukan virus ini ke Malaysia adalah sesuatu yang sukar. Ujian saringan
kesihatan umum di pintu masuk adalah tidak praktikal kerana gejalanya yang
ringan dan sukar dikesan di samping ketiadaan ujian cepat (point of care test)
yang boleh digunakan. Walaubagaimana pun, Kementerian akan mengambil dan
mencadangkan langkah-langkah berikut:-
Semua pelawat dari benua
Amerika Selatan dan Amerika Tengah serta rakyat Malaysia yang pulang dari benua
berkenaan yang mempunyai gejala demam dan bintik-bintik hendaklah melaporkan
diri ke Pusat Kuarantin Kesihatan atau Pejabat Kesihatan berhampiran semasa tiba
di Malaysia.
Buat masa ini terdapat 22
buah negara melaporkan kes Zika virus dari rantau Amerika Latin iaitu Barbados,
Bolivia, Brazil, Colombia, Dominican Republic, Ecuador, El Salvador, French
Guiana, Guadeloupe, Guatemala, Guyana, Honduras, Martinique, Mexico, Panama,
Paraguay, Puerto Rico, Saint Martin, Suriname, U.S. Virgin Islands, Venezuela
dan Samoa.
Mengedarkan Nasihat Kesihatan (Health Advisory) kepada pelancong dan rakyat Malaysia berkenaan langkah-langkah yang perlu diambil jika gejala sedemikian berlaku. Seterusnya, mereka hendaklah segera ke Klinik Kesihatan berhampiran.
Menasihatkan rakyat Malaysia yang mengandung untuk tidak melakukan lawatan ke negara-negara terlibat.
Rakyat Malaysia lain yang melakukan perjalanan ke negara terlibat hendaklah mengambil langkah-langkah pencegahan daripada digigit oleh nyamuk Aedes seperti tidak berada di luar semasa waktu puncak gigitan Aedes di awal pagi dan lewat petang, memakai pakaian yang menutupi anggota badan dan menggunakan ubat pencegahan gigitan (repelen) secara tetap.
Mengeluarkan Health Alert kepada semua fasiliti Kesihatan kerajaan dan swasta.
Meningkatkan pemantauan di klinik dan hospital bagi kes yang mempunyai tanda-tanda Zika dan mempunyai sejarah perjalanan ke 22 buah negara yang melaporkan jangkitan Zika virus. Di samping itu, pemantauan bagi kes microcephaly juga ditingkatkan di hospital-hospital.
Daripada pemantauan
berterusan oleh KKM, sebanyak 288 sampel dari Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan
dan Institut Penyelidikan Perubatan telah diuji dan keputusannya semua adalah
negatif untuk zika virus. Kriteria sampel yang diuji ialah bagi kes-kes yang
negatif untuk ujian denggi.
Kementerian Kesihatan
sedang dan akan terus meningkatkan usaha mengawal denggi dan nyamuk Aedes. Namun
rakyat Malaysia juga perlu memberi perhatian yang serius dengan bekerjasama
dalam menjalankan aktiviti-aktiviti pemusnahan tempat pembiakan secara tetap dan
berkala. Segala usaha masyarakat bagi mencegah denggi hendaklah dipertingkatkan
kerana ia juga akan mengurangkan risiko penularan Zika.
DATUK DR LOKMAN HAKIM
SULAIMAN
TIMBALAN KETUA PENGARAH
KESIHATAN (KESIHATAN AWAM)
KEMENTERIAN KESIHATAN
MALAYSIA
0 Response to "RISIKO PENULARAN VIRUS ZIKA KE MALAYSIA, IBU MENGANDUNG WAJIB BACA"
Post a Comment