Jakarta: Kira-kira 600 keluarga di empat
kampung di Ponoroggo, Jawa Timur membayar bil elektrik menggunakan hasil
pertanian seperti ubi kayu, pisang dan itik.
Keadaan itu berlaku sejak 2011, selepas buat
pertama kalinya penduduk di kampung Andung Biru, Tiril, Sumber Duren, dan Roto
Probolinggo menerima bekalan elektrik di kediaman mereka.
Bekalan elektrik itu disalurkan selepas sebuah
loji jana kuasa hidro kecil berkapasiti 40 kiloWatt dibina di wilayah itu.
Seorang penduduk Anjung Biru, M Rosid berkata,
jana kuasa yang dibina Perusahaan Gas Negara dengan kerjasama Universiti
Brawijaya mampu menerangi 600 buah rumah di empat kampung.
“Alhamdulillah, pada waktu malam kampung di
sini jadi terang dan kanak-kanak boleh belajar serta keluarga boleh menonton
televisyen setiap malam,” katanya.
Uniknya, penduduk kampung berkenaan tidak
membayar bil elektrik dengan wang tunai tetapi dengan hasil pertanian seperti
ubi kayu hinggalah ke itik.
“Penduduk di sini majoritinya bergantung pada
hasil pertanian dan tidak berkemampuan.
“Sebab itu kami dibenarkan membayar bil
elektrik dengan hasil pertanian seperti ubi kayu, pisang, ayam dan itik,”
jelasnya.
0 Response to "Ubi Kayu Sebagai Ganti Bil"
Post a Comment