Kes penceraian Fasha
Sandha dan Jejai antara isu hangat yang cukup mendapat liputan yang meluas dan
perhatian ramai.
Fasha tidak putus menerima
ucapan daripada peminat yang mengharapkan beliau bertabah dalam menghadapi
kehidupan sebagai ibu tunggal dan tidak juga mereka yang mendoakan kesejahteraan
beliau. Buat Fasha, tiada ungkapan yang lebih tepat selain terima kasih buat
mereka yang menyokong dan memberikan beliau semangat untuk meneruskan
kehidupannya.
Menerusi muat naik terbaru
di Instagramnya, Fasha mempercayai setiap yang berlaku ada hikmahnya tersendiri
beserta beberapa ayat untuk kekal bersemangat.
I believe that everything
happens for a reason. People change so that you can learn to let go, things go
wrong so that you appreciate them when theyre right, you believe lies so you
eventually learn to trust no one but yourself, and sometimes good things fall
apart so better things can fall together.
Mungkin ada pihak yang
berpendapat untuk apa perbesarkan isu Fasha bercerai, sedangkan sebelum ini
ramai lagi artis yang mempunyai nasib yang sama. Namun, masih ada lagi pihak
yang bersimpati dengan nasibnya kerana sebelum ini Fasha kelihatan cukup bahagia
bersama bekas suaminya apatah lagi dengan kehadiran cahaya mata mereka yang
kedua.
Bukan mudah untuk menjadi
seorang ibu tunggal meskipun Fasha kiranya seorang yang berduit. Sebab bukan itu
persoalannya, tetapi ketabahan mental dan fizikal dalam menghadapi ujian dan
cabaran selepas ini.
0 Response to ""BELAJAR MELEPASKAN DAN MENGHARGAI" - FASHA SANDHA"
Post a Comment