Cara Mudah Untuk Mereka Yang Susah Tidur Malam


Untuk entri ini, kami akan beri panduan yang lebih khusus untuk tips mudah tidur. 


Ia merupakan langkah yang boleh anda ambil mengikut kesesuaian yang perlu. 



Sebelum anda baca panduan ini, ada eloknya anda kembali semula ke post pertama kami cara mengatasi insomnia, kerana ada punca punca dan cara mengatasi masalah hendak tidur awal ini, kami tidak ulanginya di sini. 



Alih tempat tidur 



Pakar terapi sering kali akan gunakan teknik ini untuk pesakitnya. Iaitu dengan mengalih tempat tidur ke kawasan lain. Namaya fokusnya ialah “reconditioning”, seperti apa yang disarankan oleh Harvard University 



Mungkin kalau anda tidur di dalam bilek, boleh ke ruang tamu. Atau atas katil ke lantai :) 



Walaubagaimanapun, ia bukanlah perkara yang digalakkan, mungkin untuk satu atau dua kali sahaja. Kalau setiap hari anda perluka formula ni. 



Anda perlu risau dan mula merubah minda untuk cari cara lain. Yang juga akan kami kongsikan di bawah. 



Cuba fikir apa yang buatkan anda tidak selesa 



Kadang kadang ada sebenarnya sebab kita tak selesa tidur, mungkin ada perkara yang masih lagi tak selesai, mungkin cadar yang tidak rapi. Mungkin juga bimbang akan sesuatu. 



Cuba fikirkan perkara ini, positifkan. Kalau anda boleh follow up untuk setelkannya sekarang untuk tenangkan diri, buat lah. Atau, lebih baik tenangkan diri. 



Esok anda buatkan. 



Kalau rasa tempat tidur tak selesa tu, elok juga kalau anda bangun dan kibas kibas dulu cadar atau tilam anda. 



Kita lebih memfocus kepada environment. 



ini sepatutnya no 2 tadi, anda mesti buatkan tempat tidur anda selesa. Seperti cadar yang teratur dan tidak ponyok. Kedudukan bantal yang betul dan selesa. Lampu digelapkan sedikit, jangan gelap sangat. 



Seperti juga, panas yang berpeluh. Siapa pula yang boleh tidur dalam keadaan ini kan. 



Jadi ada baiknya kalau kumpulkan duit dalam 1 ribu ringgit untuk dapatkan air con terus. Percayalah, ia sangat sangat berbaloi. 



Dan mengikut pengalaman kami, yang jenis York ni lah yang terbaik. 



Kalau panggil budak budak muda yang buat rasanya tak sampai 1000 lebih kot. Tak pe lah, asalkan pasangkan. 



Jangan minum kopi atau makanan atau minuman yang berkafein. 



Chocolate juga ada kandungan kafein untuk pengetahuan anda. Faktor ini mungkin boleh diguna atau tidak juga, contoh mana yang minum Red Bull masa dalam perjalanan memang ramai yang berpusu pusu beli air minuman ni. 



Adakah betul betul membantu? 



Kadang kadang ia lebih kepada mitos sahaja. Yang pasti, kandungan gula dalam Red Bul antara yang tinggi. Ye memang betul gula memberi tenaga. Tapi percayalah, bukan semua orang mampu bertahan dengan Red Bull. 



Begitu juga dengan kopi, mungkin ada sesetengah yang kalau minum kopi akan buatkan tak ngantuk. Tapi bukan semua orang. Kalau dah ngantuk, tidur juga. 



Lebih kepada pengawalan minda. Article kami yang pertama ada kongsikan bagaimana badan sahaja yang mahu tidor dan berehat, tapi pemikiran dan otak anda masih berfungsi yang antara punca tidak boleh tidur yang sangat tinggi. 



Ubah kedudukan baring anda 



Kalau yang jenis menerap eloklah kalau melentang sekejap. Atau pun ikut sunnah tidur elok macam mana. 



Anda juga mungkin perlukan bantuan beberapa bantal untuk menampung sudut sudut yang tertentu. 



Untuk dengarkan alunan musik, samada zikir atau alunan musik tenang untuk yang none Muslim. 



Anda boleh baca semula tips di post kami sebelum nya, cara atasi insomnia. 



Apa apa pun, anda mesti relaks dan tenang. 



Perasan juga, ada di kalangan kita yang besar macam mak bapak orang pun nak juga tidur ditepuk tepuk. 



Apakah sebabnya? 



Semestinya adalah disebabkan ingin mencari ketenangan. 



Yoga juga ada kemungkinan untuk anda dapat tidur dengan baik, kerana yoga kunci utamanya ialah tenang kan diri. 



Akhir kata, tilam juga antara faktor yang penting. 



Pilih struktur dan lapisan tilam yang betul 



Seperti apa yang kami kongsikan di article pertama mengenai topik ini, Insomnia ialah kualiti tidur anda. 



Bila bangun pagi, kalau anda masih rasa penat itu bermaksud anda berkemungkinan mengidap Insomnia. 



Yang kemungkinan juga datang daripada kuality tilam yang kurang baik. 



Saya sendiri, dari kalangan anda juga. Bukan yang jenis orang yang senang. 



Tidur atas toto yang bungkus tu sahaja. Kalau tak pun, span lama yang memang berpeluh belakang kalau baring. 



Tapi selepas saya guna tilam yang jenis spring. Semuanya seperti baru, jarang sekali untuk saya bangun pagi akan ada rasa badan tak sakit. MESTI sakit sakit punya. 



Tapi selepas menggunakan tilam spring ni. Alhamdulillah. Boleh kata, dalam 7 minggu, ada 7 hari, ada 7 kali malam. 7 kali tidur malam. 7 kali jugalah saya bangan dengan rasa lega. Amin 



Anda pula bagaimana? 



Bukan tilam spring sahaja yang OK. Ada banyak lagi, malahan tilam spring yang saya guna sekarang masih lagi kategori murah ni. Sudah lebih 5 tahun agaknya. 



Untuk brand dan jenis tilam yang baik kebanyakannya ada di hotel yang baik servisnya. Seperti hotel 3 bintang ke atas. 



Cuba lihat belakang tilam itu untuk kualitinya jika anda rasakan ia baik. 



Untuk pemerhatian yang lebih khusus. 



Kami akan hasilkan entri cara pemilihan tilam yang betul nanti. 



Anda luangkan masa 1 per 3 daripada waktu anda seharian untuk tidur, kenapa tidak anda peruntukan masa untuk memilih tilam yang terbaik bukan? 



Mengikut data peribadi kami, dalam banyak banyak perkara yang kami nyatakan sebab dan punca anda susah untuk tidur di atas, kami rankingkan ia di bawah. 



Data dibawah merupakan tangga yang anda mesti usahakan sendiri. 



Berikut adalah yang paling penting anda usahakan. 



Kawal pemikiran anda – ia hanya sesuai diusahakan jika usaha anda bergerak seiring dengan suasana tempat tidur anda yang nyaman. Kalau tidak, mungkin agak susah untuk anda focus. Bagi yang Muslim, digalakkan untuk mendengar alunan zikir yang pasti akan membantu tidur anda. 



Suasana tempat tidur anda, sejuk tak, nyaman tak. Kalau perlu pasang air kon, pasang lah. Kumpul juga duit, walau macam mana pun. 



Seterusnya usahakan di bawah ini pula 



Alih tempat tidur lain, seperti tidur di ruang tamu contohnya. Cara ini bukanlah kami anjurkan, tapi ia antara strategy yang paling cepat untuk anda bantu masalah tidur anda. Tapi kalau difikirkan semula, sebenarnya anda tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya anda tangguh penyelesaian anda dengan beralih ke tempat lain. Sepatutnya anda usahakan di tempat tidur anda, sampai malam bila nak pindah kan. 



Tilam yang sesuai – lagi sekali, faktor tilam adalah antara yang penting. Anda mesti pilih tilam yang betul dan sesuai. Kalau anda tidur, dan bila bangun akan rasa sakit sakit badan. Pasti perkara yang tidak sesuai atau elok untuk anda badan anda berlaku. 

0 Response to "Cara Mudah Untuk Mereka Yang Susah Tidur Malam"

Post a Comment