GEMPAR!! ANAK BEKAS SEORANG PEMIMPIN HINA LOGO POLIS DENGAN LAMBANG DUIT


Pihak polis belum menerima  sebarang laporan berhubung tindakan seorang anak bekas pemimpin tertinggi menghina logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui gambar yang dimuat naik dalam laman sosial Instagram.
HI
Menurut laporan berita sebuah portal, anak bongsu bekas pemimpin kabinet itu telah menyunting logo PDRM dengan meletakkan simbol wang menggantikan kepala harimau.
Isu yang melibatkan penghinaan dan mempersendakan mana-mana pihak berkuasa termasuk PDRM akan dipandang serius kata Ketua Polis Johor, Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
tweet-farhan-yassin
“Setakat ini, tiada laporan diterima Polis Johor mengenainya. Kita juga melalui unit‘task force’ akan sentiasa memantau tindakan seperti ini di media sosial.
“Kita akan memaklumkan terus kepada pihak media, jika mempunyai sebarang perkembangan terbaharu mengenai kes ini,” kata Wan Ahmad.

Menurut portal Sinar Harian, gambar yang dimaksudkan itu telah tiada di akaun beliau, berkemungkinan telah dipadam selepas teruk dikritik netizen.

0 Response to "GEMPAR!! ANAK BEKAS SEORANG PEMIMPIN HINA LOGO POLIS DENGAN LAMBANG DUIT"

Post a Comment