
Majlis Ulama Indonesia (MUI) Jawa Barat
mengenal pasti sebanyak 114 ajaran sesat wujud di wilayah itu sejak 2000
lagi.
Sekretariat Umum MUI Jawa Barat, Rafani Achyar
berkata, ajaran sesat itu banyak dikesan di daerah Cirebon, Bogor dan
Bandung.
Antara ajaran sesat yang popular dikenali
sebagai Hidup di Balik Hidup, al Quran Suci, Surga Eden, Milah Ibrahim,
Siliwangi Panjalu, Lia Eden dan al Qiyadah Al-Islamiyah.
“Lebih membimbangkan, ada seorang tukang
gunting di Bandung yang dikenali sebagai Sayuti dan mengaku sebagai nabi,”
katanya.
Menurutnya, MUI berusaha menangani ajaran sesat
berkenaan, tetapi berdepan dengan beberapa masalah.
“Ada ajaran yang hanya muncul sebentar sebelum
hilang tanpa dapat dikesan.
“Ada pula ajaran yang beberapa kali hilang dan
muncul dengan nama baru.
“Keadaan ini menyukarkan kami untuk memantau
ajaran sesat berkenaan,” jelasnya.
Tambahnya, kumpulan ajaran sesat yang paling
membimbangkan ketika ini adalah Gerakan Fajar Nusantara (Gafatar) kerana
mempunyai ramai pengikut.
Kerajaan baru-baru ini terpaksa memberi
perlindungan kepada pengikut ajaran Gafatar selepas mereka diusir
penduduk.
“Sebenarnya kami sudah mengesan ajaran ini
sejak 2012 dan mendapati ia gabungan ajaran Al Qiyadah Al Islamiyah yang
diketuai Ahmad Musadeq,” katanya.
0 Response to "Indonesia Kenal Pasti 114 Ajaran Sesat"
Post a Comment