Penyebaran virus Zika, seperti yang saya
jangkakan, berlaku dengan sangat pantas (exponential). Ianya berlaku atas banyak
faktor, dari segi sifat penyakit demam Zika itu sendiri yang mild, serta
mudahnya ia merebak melalui vektor (nyamuk Aedes). Manusia, adalah host, yang
menjadi "orang tengah" menyebarkan virus ini.
Manusia yang dijangkiti Zika, simtomnya hanya
mild. Mild bermaksud tidaklah seteruk jika dibandingkan dengan penyakit bawaan
Aedes lain iaitu denggi. Demamnya tidak setinggi demam denggi. Sakit2 badan,
loya juga tidak terlalu ketara. Justeru, manusia yang dijangkiti Zika, masih
boleh bergerak, pergi ke kerja seperti biasa. Boleh travel antara benua. Sistem
screening yang biasa dilakukan di pintu-pintu masuk antarabangsa, gagal mengesan
individu ini kerana kita hanya mengesan individu yang demam panas.
Moreover, tempoh inkubasi Zika iaitu sepuluh
hari, bermaksud hanya selepas sepuluh hari digigit nyamuk yang membawa Zika
barulah manusia itu mengalami simtom. Dalam tempoh sepuluh hari, seorang manusia
tersebut sudah boleh travel ke tempat lain, yang seterusnya digigit aedes di
tempat baru dan menyebarkan virus Zika ke host baru pula.
Menarik lagi, selain kita mengetahui bahawa
Zika disebarkan melalui nyamuk Aedes, terdapat satu lagi cara transmisi yang tak
ramai orang tahu dan tak disebarkan media. Iaitu melalui sexual contact. Ya,
terdapat kes di mana seorang lelaki yang dijangkiti Zika ketika berada di luar
negara, menjangkitkan Zika kepada isterinya setelah pulang ke negara asal.
Untuk mengekang tersebarnya Zika, pada
pandangan saya, kita sudah terlewat. Jika menghambat Zika adalah satu
perlumbaan, maka kita sudah ketinggalan di belakang. Langkah mencegah mana2
penyakit epidemik, ialah memutuskan chain of transmission. Dalam kes Zika ini,
vektornya iaitu nyamuk Aedes. Kita sudah sejak dari dulu cuba membanteras Aedes,
untuk mengekang penularan denggi, tetapi lihatlah di mana kita berada
sekarang?
Denggi outbreak, masih lagi berlaku. Walaupun
usaha di pihak kita (kesihatan) untuk menghapuskan pembiakan Aedes tetap
dijalankan secara extensive setiap hari. Namun kesedaran di pihak masyarakat
masih rendah, masih dipandang enteng.
Ambil nasihat orang tua-tua yang sekarang
semakin tidak diamalkan. Orang tua-tua dahulu melarang keluar rumah waktu
senja/maghrib. Nasihat ini bagus sekali, kerana pada waktu itulah nyamuk Aedes
keluar mencari mangsanya. Namun renungkan sendiri apa yang terjadi masa kini,
waktu begitulah kita keluar berjalan tepi pantai untuk melihat sunset, dan waktu
selepas maghrib itu juga waktu puncak di setiap pasar-pasar malam. Anak-anak
kita bermain di padang, lepas maghrib juga baru pulang ke rumah.
Penjagaan di dalam rumah juga perlu diambil
perhatian. Pernah dalam siri lawatan kami ke rumah-rumah yang penghuninya
menghidap denggi, kami siap ada menjumpai kolah mandi yang dipenuhi
jentik-jentik.
Langkah-langkah sebegini hanya sebagai general
precaution. Tetapi ianya hanya berkesan sekiranya kita secara komuniti,
sama-sama serius melakukannya. Tidak guna jika dalam sebuah perumahan 40 rumah,
semua orang membersihkan rumah kecuali satu rumah. Satu rumah itu boleh jadi
sarang nyamuk Aedes yang menggigit penghuni 40 rumah lain. Nyamuk Aedes tidak
mengenal mangsa.
Dari situ perlindungan peribadi kita sendiri
perlu dititik beratkan. Nyamuk ada tetaplah ada, tapi biarlah dia menggigit
orang lain, bukan kita. Letakkan diri kita di tempat nyamuk itu. Tentulah "kita"
lagi senang nak gigit orang yang tak pakai lengan panjang, berbanding berlengan
panjang. Tentulah mudah "kita" memasuki rumah yang tidak berjaring, atau rumah
yang tidak dipasang ubat nyamuk.
Isu vaksin dan Zika? Vaksin untuk Zika,
dijangka dikeluarkan dalam tempoh dua tahun lagi. Jika ia terbukti berkesan,
sepertimana vaksin Rubella, saya yakin ia juga akan disenaraikan dalam program
imunisasi kebangsaan.
Kalau ada geng antivaksin yang takmau,
terpulanglah. Bukan selalu kita dapat peluang untuk tengok sendiri prospective
study between mereka yang divaksin, dengan geng antivaksin. Hihi. Kita boleh
sama2 lihat sendiri, adakah mereka sanggup merisikokan diri mereka dengan
komplikasi seperti microcephaly dan GBS.
Zika dan konspirasi? Sesiapa yang nak hidup
dalam dunia konspirasi, dipersilakan. Namun seperti yang kita tahu, geng
konspirasi ini, hanya pandai berkonspirasi sahaja. Mereka sendiri tidak
menyumbang apa-apa ke arah membanteras atau menghalang penyakit ini merebak,
bahkan mengkritik pula kita yang cuba mengekangnya.
Mereka kata Zika ini konspirasi nak kurangkan
populasi dunia. Habis, apa cadangan mereka nak banteras/halang Zika ni? Mereka
kata Zika ini alasan hendak dijual dan dibuat vaksin. Habis, apa pula kajian
yang mereka buat untuk merawat/mencegah Zika?
Tiada. Hanya sekadar bersembang kosong, lots of
talk but no action.
Saya teringat sebuah hadis, mengenai perbualan
antara Nabi s.a.w dengan para sahabatnya. Nabi bersabda, lebih kurang mafhumnya,
andai kata esok datangnya kiamat dan di tanganmu ada benih kurma, maka tanamlah
kurma itu.
Hadis ini mengisyaratkan, walaupun tanda-tanda
kiamat sudah nampak atau hadir, kita tidak seharusnya melupakan apa yang
sepatutnya kita buat. Logiknya kalau kita tahu esok kiamat, maka mestilah kita
akan pulun beribadah hari ini. Tinggalkan tempat kerja, pakat mengerumuni
masjid, membaca alquran tak berhenti.
Tapi nabi tak suruh kita gitu. Nabi suruh kita
teruskan bekerja, teruskan perbuatan kita, teruskan menanam benih kurma walaupun
kita tahu ia takkan sempat bercambah.
Mengingati tanda2 akhir zaman tidak sepatutnya
membuatkan kita taksub dan paranoid, sebaliknya sepatutnya menginspirasikan kita
untuk berusaha lebih keras.
Geng2 konspirasi asyik mengatakan, inilah fasa
akhir, inilah tanda kemunculan dajjal, inilah sains eskatologi blablabla. Tapi
akhirnya mereka sendiri tidak menyumbang apa-apa apatah lagi menyeru ke arah
memperbanyakkan ibadah.
Dah kata Zika itu hasil konspirasi, petanda
akhir zaman, maka buatlah kajian mengenainya. Orang barat berhempas pulas
mencari kaedah rawatan dan pencegahan untuk zika, kita pula masih stranded di
alam dunia konspirasi.
-THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Kita Sudah Terlewat Untuk Menghalang Penularan Virus Zika'"
Post a Comment