Assalamualaikum. Hari ni genap 13 hari Ilyas
pulang ke Rahmatullah. Masih ada yang tertanya2 bagaimana semua ni berlaku
sedangkan baru lihat arwah Ilyas sihat & lincah setiap kali bertemu dengan
saya & Ilyas. Dan ada yang bertanya bagaimana keadaan saya serta keluarga
sekarang? Alhamdulillah saya & keluarga sihat. Cuma kadang2 perasaan rindu
tu terhadap arwah tidak dapat saya gambarkan kerana arwah Ilyas sentiasa bersama
saya. Ketika saya menyediakan makanan, ketika basuh pinggan mangkuk, ketika
mengemas bilik dan ruang tamu, ketika menyidai pakaian, ketika melipat baju,
ketika mengambil & menghantar kakak serta abang ke sekolah atau ngaji,
ketika pergi ke kedai, adakalanya ketika menjahit. AllahuAkbar setiap sudut di
ruang rumah ni tersimpan memori bersama arwah. Tapi saya sedar setiap apa yang
kita ada 'bukan milik kita', semua milik Allah swt. Hanya Allah swt yang mampu
memberi & berhak mengambilnya semula. Setiap apa yang berlaku ada hikmah di
sebaliknya, saya percaya dengan percaturan Allah swt terhadap saya &
keluarga.
Di sini saya cuba ceritakan saat2 akhir bersama
arwah. Tiada langsung tanda2 arwah hendak pergi meninggalkan kami. Pada hari
Khamis 14 Januari, anak kedua berusia 10 tahun mengadu sakit perut & cirit
lepas pulang dari sekolah. Saya sangkakan dia tersalah makan dan saya nasihatkan
dia mengambil air & supplemen yang telah tersedia di rumah. Esoknya hari
Jumaat 15 hb bangun pagi arwah mengadu sakit perut dan muntah bila minum susu
& cirit sedikit. Terus bawa Ilyas ke klinik. Tengah hari muntah dah kurang,
masih cirit tapi x banyak. Ilyas x nak minum susu mungkin masih rasa loya, tapi
petang ilyas makan nasi sup macam biasa. Malam pula ilyas makan ayam 'uncle bob'
(isi ayam celup tepung) sambil tonton televisyen bersama kakak2 & abang2.
Muntah dah xda. Cirit masih ada tapi x kerap kerana pengambilan ubat mengikut
waktu. Lewat malam, Ilyas ada demam sikit, Saya lap2 badan ilyas hingga pagi.
Sepanjang tengah malam ke pagi Ilyas cirit 2-3 kali.
Pagi Sabtu 16 hb, saya lihat Ilyas masih demam
& nampak lemah sikit. Saya buat keputusan untuk bawa Ilyas ke hospital.
Doktor panel yang rawat Ilyas cadangkan suruh Ilyas admit. Pukul 11 pagi tiba di
hospital swasta dan Ilyas admit pukul 12.58. Pukul 1.15 Ilyas seperti
meracau-racau (tarik) beberapa kali di pangkuan saya & suami. Saya ada
maklum pada staff nurse. Selepas itu Ilyas tidur. Saya pun tertidur.
Bila tersedar lebih kurang pkl 2.58 saya terus
pegang tangan Ilyas, kuku jari tangan & kaki Ilyas pucat & sejuk. Mulut
Ilyas juga pucat. Lagi sekali saya maklum pada doktor. Saya rasa x sedap hati.
Kemudian doktor cadangkan supaya Ilyas transfer ke GH kerana mereka kekurangan
pakar & peralatan. Cadangan doktor kami terima. Pukul 4.32 Ilyas di transfer
ke PICU Hospital Permaisuri Bainun. Ilyas masih tidak sedarkan diri.
Tibanya di PICU doktor maklum bahawa akan buat
yang terbaik & minta saya berdoa kerana keadaan Ilyas kritikal. Sekali lagi
Ilyas 'tarik' & doktor beritahu Ilyas sudah kekurangan oksigen di bahagian
otak. AllahuAkbar satu berita yang tidak dapat saya terima waktu itu. Sedangkan
waktu pagi Ilyas masih bercakap-cakap & minta susu seperti biasa. Tapi hati
saya kuat mengatakan Ilyas akan sedar! Ilyas kuat!
Hari Ahad 17 hb, Ilyas masih tidak sedar,
pelbagai ubat & antibiotik dimasukkan untuk 'support' Ilyas. Doktor maklum
hanya menunggu respon dari Ilyas kerana Ilyas tidak diberi ubat tidur &
memaklumkan bahawa bersedia sebarang kemungkinan Ilyas akan pergi. Sejak Ilyas
admit PICU oksigen di bahagian otak makin berkurangan. Fungsi otak kian merosot.
Luluh hati saya dan suami ketika menerima perkhabaran ketika itu. Doktor memberi
kebenaran untuk kakak2 & abang2 Ilyas walaupun berumur 5 tahun untuk datang
melawat Ilyas. Semua ibubapa saudara, sepupu serta jiran tetangga yang mengenali
Ilyas turut datang melawat Ilyas. Tidak putus2 doa & kata2 semangat yang
disampaikan.
Hari Isnin 18 hb, keadaan Ilyas masih sama,
tidak menunjukkan tindakbalas. Setiap kali berada di sisi Ilyas bacaan yasin,
doa & zikir tidak pernah lekang dibibir memohon kebesaran Allah swt untuk
menyembuhkan Ilyas. Setiap kali itu juga, saya akan belai & urut-urut Ilyas
disamping berbual & memanggil nama Ilyas atau adik. Bercerita tentang
mainan, kartun & makanan kegemarannya. Doktor pakar maklum untuk berjumpa
saya & suami dan menerangkan kondisi Ilyas. Doktor memaklumkan Ilyas xda
harapan untuk sembuh, bekalan oksigen di otak Ilyas sudah berkurangan, Sistem
dalam badan Ilyas juga akan berhenti berfungsi satu persatu. Seperti satu
tamparan yang kuat singgah di pipi tapi saya tak dapat merasakannya tapi hanya
linangan airmata yang laju turun mencurah2 di pipi. Saya tidak dapat mendengar
lagi penerangan doktor ketika itu. Tetapi saya tidak terus mengalah solat,
bacaan yasin, zikir & doa tetap saya teruskan. Mengharap keajaiban Allah
swt.
Hari Selasa 19 hb keadaan Ilyas masih sama.
Doktor maklumkan bahawa fungsi ginjal Ilyas menunjukkan negatif. Jumlah ubat
& air yang masuk tidak sama dengan urin yang keluar. Keadaan saya tenang
ketika itu, saya hanya berserah pada Allah swt. Lepas maghrib semasa urut kaki
Ilyas macam ada tindakbalas tp doktor kata 'refleks'. Tapi hati kuat kata Ilyas
akan sedar. Saya meneruskan rutin saya seperti biasa membelai & mengurut
Ilyas disamping berbual & memanggil nama Ilyas atau adik.Kadang-kadang saya
mainkan video nyanyian Ilyas atau kartun upin ipin & boboiboy kegemarannya.
Hingga x sedar airmata mengalir kerana terlalu rindu dengar Ilyas memanggil
'mama' atau memeluk tubuh gebu Ilyas.
Hari Rabu 20 hb,Kali ini kaki Ilyas bergerak
kuat setiap kali saya urut tapak kaki Ilyas. Saya rasakan Ilyas memberi kesan
yang positif. Namun jawapan doktor masih sama, itu hanya 'refleks'.
Hari Khamis 21 hb, selesai lawatan
doktor-doktor pakar, salah seorang menghampiri saya dan berkata, 'Ibu sudah tahu
kan, keadaan Ilyas sekarang'. Saya hanya mengangguk. Dalam hati saya terus
berdoa, moga kata-kata doktor salah. Dr menyambung lagi 'Semua adik beradik
sudah datang lihat adik Ilyas' Lagi sekali saya mengangguk & mengucapkan
terima kasih kerana bagi kelonggaran masa melawat Ilyas untuk ahli
keluarga.
Masuk waktu Zohor saya terus kembali ke bilik
menunaikan solat & menjamah sedikit makanan. Setelah selesai saya terus ke
katil Ilyas untuk memulakan rutin biasa. Saya memberi 'Salam' dan mengusap
rambut Ilyas. Dahi Ilyas saya kucup, rasa agak dingin. Bahagian mata Ilyas juga
nampak sedikit pucat. Telinga Ilyas juga dingin, terdetik di hati 'Ya Allah
adakah Ilyas?' Nauzubillah minta di jauhkan, saya masih sayangkan Ilyas.
Semasa nak mula urut kaki Ilyas, terpandang
mesin Ilyas, bacaannya 'drop' sedikit demi sedikit. Terus maklum pada nurse,
bila nurse terpandang mesin tersebut terus minta saya keluar sebentar.
AllahuAkbar Ilyas, terus saya maklum pada suami ketika itu jam 2.22 petang.
Lepas tu saya terus ke katil Ilyas mohon berada di samping Ilyas. Permohonan
saya diterima, saya lihat ketika itu nurse lelaki cuba membuat CPR ke atas
Ilyas, agak kuat juga tekanan CPR ke atas Ilyas yang masih kecil. Di samping
berdoa saya bertanya pada staff nurse berapa lama CPR ini dilakukan, katanya
akan mengambil masa 20 minit sehingga jantung Ilyas berdegup semula. Ubat
adrenalin juga disuntik untuk bantu kuatkan degupan jantung. Tangan bertukar
tangan membuat CPR ke atas Ilyas. Tak sanggup rasanya melihat keadaan Ilyas
ketika itu. Saya terus mengarahkan untuk memberhentikan CPR walaupun belum cukup
20 minit seperti yang diberitahu, saya terus menghampiri Ilyas dan berkata
'Ilyas pergilah sayang, mama redha sayang, mama
sayang ilyas sgt2' sambil mengucup dahi pipi ilyas, Tubuh Ilyas saya peluk
erat,
AllahuAkbar saya tidak dapat gambarkan perasaan
saya ketika itu. Selama 3 Tahun 4 bulan saya bersama-sama Ilyas, kini Ilyas
pergi buat selamanya jam 2.40 petang. Sungguh berat ujian Allah swt berikan pada
saya. Saya mengambil berat tentang 'hati' Ilyas namun Ilyas pergi bukan sebab
masalah hati, tetapi akibat jangkitan kuman muntah cirit. Namun saya redha.
Hingga kita bertemu kembali di Jannah sayang. Ketahuilah mama & lain2
sentiasa rindukan Ilyas. Maafkan mama jika ada terkasar & tertinggi suara
sepanjang mama menjaga Ilyas. Mama cuma manusia yang tidak lepas melakukan
kesalahan.
Sayang Ilyas. - Sumber
| THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Ilyas Pergilah Sayang, Mama Redha'"
Post a Comment