Gambar hiasan sahaja |
Gaji basic lepasan degree sekarang paling tidak
pun RM2,000+. Dapat gaji dengan nak bayar pinjaman pendidikan lagi bagi yang ada
PTPTN, nak bayar kereta, duit petrol, duit makan dan keperluan yang lain-lain
hasilnya semua, duit baki tinggal celah-celah gigi saja.
Masa aku mula-mula bekerja dulu, dekat setahun
di kawasan Rawang dengan tolnya, sampai bawa bekal pergi kerja. Dah sampai
tempat kerja, menyampah pula tengok yang seorang itu asyik bercerita beli gajet
baru, emas baru.
Aku tahu sangat kalau dah kerja kerajaan ini,
jika bukan ansuran, mesti main kutu. Tak pun pinjam dari sesiapa atau paling
yakin mesti ada bisnes sampingan atau kahwin dengan orang kaya raya.
Tekanan kewangan dan kerja membuatkan aku
mengambil keputusan untuk menghantar surat berhenti kerja. Mak dan ayah aku
marah dan kata rugi tolak peluang bekerja dengan kerajaan.
Aku tak cakap apa-apa tetapi aku cuma kata aku
tak nak dapat gaji setiap bulan cuma untuk bayar hutang.
Sebelum berhenti, aku dah nampak peluang
berniaga warung di tepi jalan yang nak disewakan di sebelah tapak warung itu
memang dibuat di atas tanah makcik kedai itu sendiri.
Pada ketika itu pun, aku memang buat dua kerja.
Siang kerja di pejabat, malam pula jual Chicken Chop. Baru seminggu berniaga,
dah masyuk. Sebulan aku berniaga, dapat hasil macam gaji dua bulan.
Aku pun berhenti kerja kerajaan tidak lama
selepas itu. Boss memperlekehkan aku bila aku kata nak berniaga Chicken Chop di
warung.
"Pedulilah! Rezeki masing-masing kan?"
Aku pun terus berniaga sehinggalah suatu hari
makcik warung itu dah tak larat lalu dia nak jual warung itu sepenuhnya kepada
aku. Aku setuju untuk membelinya dan membuat pembayaran secara ansuran.
Pendapatan memang masyuk berlipat kali ganda
apabila aku mula buat masakan panas, ABC, otak-otak dan ikan bakar. Mak dan ayah
pun dah tak bising dah.
Percayalah rezeki yang kita dapat ini dari
Allah, bukannya dari kerajaan. Yelah, aku pun lepasan degree, nak pandang rendah
kat aku kerja warung, lantak pi lah. Sekurang-kurangnya kereta aku dah habis
bayar. Korang?
-THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Ada Degree Tapi Nak Jual Chicken Di Warung? Apa Barang?' - Boss"
Post a Comment