Kota Kinabalu: Budak
perempuan berusia empat tahun maut dilanggar kereta dipandu ibunya, dipercayai
tertekan pedal minyak di kawasan parkir Taska Alam Damai, Taman Seputih, Luyang,
Kota Kinabalu, pagi tadi.
Dalam kejadian 9.30 pagi
itu, dua murid taska dan seorang guru wanita turut cedera dan dihantar ke
Hospital Queen Elizabeth II (HQE II).
Mangsa yang maut dikenal
pasti sebagai Megan Wong Shi Ting, manakala yang cedera, Siti Amira Haqisyah
Maennang Ambia, 6, Mohd Fakhriy Fasyin Norman,5 dan Valin Shammi,
25.
Difahamkan, sebelum
kejadian, Ibu Megan berusia 36 tahun menurunkan anaknya di depan pagar taska
berkenaan.
Selepas itu, dia kemudian
masuk semula ke keretanya dan dipercayai tertekan pedal minyak sehingga
melanggar anaknya yang berjalan beriringan dengan dua lagi murid dan guru di
hadapan keretanya.
Megan disahkan meninggal
dunia pada 10.10 di HQE II.
Ketua Polis Daerah Kota
Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan
berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta
Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
0 Response to ""MAAFKAN IBU NAK, IBU TAK SENGAJA BUNUH KAMU", KISAH IBU LANGGAR ANAK SENDIRI"
Post a Comment