Tunku Mahkota Johor, Tunku
Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan negara ini memerlukan menteri bijak yang boleh
berkhidmat untuk rakyat bukannya untuk menampung poket sendiri.
Perkara itu disuarakan dalam
satu kenyataan di Facebook Johor Southern Tigers, semalam yang ditegaskannya
demi rakyat tanpa ada kepentingan peribadi dan nasihat itu dibuat kerana beliau
mengambil berat terhadap keadaan politik negara.
“Dengan rendah diri, saya
ingin memberi nasihat untuk kerajaan, langkah pertama dalam usaha menambah baik
sistem adalah dengan mengeluarkan beberapa menteri yang dianggap sebagai bahan
jenaka.
“Negara kita memerlukan
menteri bijak yang boleh berkhidmat kepada rakyat, bukan berkhidmat untuk
menampung poket mereka sendiri. Saya berdoa agar keadaan dan kesedaran politik
di negara ini akan diperbaiki untuk manfaat rakyat,” katanya.
Dalam kenyataan sama,
beliau berjanji akan terus bersuara untuk rakyat demi menjadikan negara ini
tempat lebih baik bukan untuk mencetuskan ketegangan dengan Kerajaan
Persekutuan.
“Kerana ia adalah tugas
dan tanggungjawab saya sebagai Tunku Mahkota untuk berkhidmat kepada rakyat
Johor. Saya amat menjaga kebajikan rakyat Johor dan juga rakyat Malaysia yang
lain.
“Terdapat beberapa pihak
yang cuba sedaya upaya untuk mendiamkan saya. Tetapi berada di kedudukan saya,
adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyuarakan pendapat ikhlas saya untuk
kebaikan negeri tercinta dan juga negara,” katanya.
Baginda menambah, baginda
bukan seorang ahli politik dan tidak perlukan sebarang undi.
"Saya hanya seorang putera
yang sayangkan rakyat dan apa yang saya katakan atau lakukan adalah untuk
kesejahteraan mereka,” katanya.
0 Response to ""NEGARA PERLU MENTERI BIJAK, BUKAN 'TAMPUNG' POKET SENDIRI!!" - TMJ"
Post a Comment