
Jazan: Seorang lelaki menceraikan isterinya
selepas mendapati dia memiliki telefon bimbit, mengingkari arahannya supaya dia
tidak menggunakan alat itu.
Si suami mengetahui mengenai telefon berkenaan
apabila mereka memasuki sebuah hotel di Jazan, wilayah di selatan Saudi, dan
melalui mesin pengimbas keselamatan.
Pintu pengesan itu berbunyi sebaik isterinya
berjalan melaluinya, menyebabkan anggota keselamatan memintanya mengeluarkan
objek logam termasuk telefon bimbit, kata satu sumber kepada portal berita Al
Marsad.
“Dalam keadaan resah wanita itu mengeluarkan
telefon bimbitnya. Sebaik melihatnya, suaminya berang dan membawa isterinya ke
tempat letak kereta di luar hotel itu. Wanita itu mengikutinya sambil meminta
maaf,” kata sumber itu.
“Mereka bertengkar dan suaminya menuduh dia
menyembunyikan telefon itu dan menggunakannya untuk sesuatu yang dia tidak mahu
suaminya tahu. Lelaki itu menceraikan isterinya sebelum meninggalkan kawasan
letak kereta itu,” lapor akhbar Sada.
0 Response to "Menjanda Selepas Miliki Handphone"
Post a Comment