MUHAMMAD Haziq Amsyar menunaikan solat sunat Dhuha berseorangan di surau sekolahnya. |
KOTA BHARU: Setiap hari di
waktu rehat, seorang murid Tahun Satu, Muhammad Haziq Amsyar Ahmad Mustamam, 7,
menunaikan solat sunat Dhuha berseorangan di surau
sekolahnya.
Murid Sekolah Kebangsaan
(SK) Sultan Ismail 1, di sini itu, memperuntukkan beberapa minit dari masa
rehatnya untuk menunaikan solat Dhuha yang juga amalan rutin hariannya. Beliau
yang ditemui di sekolahnya pagi tadi berkata, amalan itu disarankan oleh ibu
bapanya sejak awal tahun ini, malah turut diamalkan di rumah. "Ketika waktu
rehat pada jam 9.45 pagi, saya akan makan makanan yang dibekal ibu terlebih
dahulu sebelum ke surau untuk menunaikan solat Dhuha.
"Sejak awal sesi persekolahan
pada Januari lalu, saya bersolat (Dhuha) seorang diri dan kini mula mengajak
rakan lain untuk sama-sama berkongsi pahala," kata anak sulung daripada empat
beradik itu. Muhammad Haziq Amsyar yang mula bersolat lima waktu sejak berusia
lima tahun berkata, amalan solat Dhuha di sekolah tidak membebankannya, malah
masih boleh bermain dengan rakan lain kerana waktu rehat diperuntukkan masa
selama setengah jam.
Sementara itu, Guru Besar SK
Sultan Ismail 1, Mohd Nawawi Kelasah, berkata pihaknya sudah lama menyedari
amalan yang dilakukan murid Tahun Satu itu dan menggalakkan murid lain
mencontohinya. "Sebelum ini, hanya murid Tahun Enam saja yang menunaikan solat
Dhuha di surau sekolah, selain bacaan Yasin dan solat Hajat sempena peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
"Amalan yang dilakukan
Muhammad Haziq Amsyar dapat dijadikan contoh kepada murid lain, malah beliau
sendiri ada mengajak beberapa rakannya yang lain untuk turut sama,"
katanya.
Selanjutnya di :
http://www.bharian.com.my/node/125034
KOTA BHARU: Setiap hari di waktu
rehat, seorang murid Tahun Satu, Muhammad Haziq Amsyar Ahmad Mustamam, 7,
menunaikan solat sunat Dhuha berseorangan di surau sekolahnya. Murid Sekolah
Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1, di sini itu, memperuntukkan beberapa minit dari
masa rehatnya untuk menunaikan solat Dhuha yang juga amalan rutin hariannya.
Beliau yang ditemui di sekolahnya pagi tadi berkata, amalan itu disarankan oleh
ibu bapanya sejak awal tahun ini, malah turut diamalkan di rumah. "Ketika waktu
rehat pada jam 9.45 pagi, saya akan makan makanan yang dibekal ibu terlebih
dahulu sebelum ke surau untuk menunaikan solat Dhuha. "Sejak awal sesi
persekolahan pada Januari lalu, saya bersolat (Dhuha) seorang diri dan kini mula
mengajak rakan lain untuk sama-sama berkongsi pahala," kata anak sulung daripada
empat beradik itu. Muhammad Haziq Amsyar yang mula bersolat lima waktu sejak
berusia lima tahun berkata, amalan solat Dhuha di sekolah tidak membebankannya,
malah masih boleh bermain dengan rakan lain kerana waktu rehat diperuntukkan
masa selama setengah jam. Sementara itu, Guru Besar SK Sultan Ismail 1, Mohd
Nawawi Kelasah, berkata pihaknya sudah lama menyedari amalan yang dilakukan
murid Tahun Satu itu dan menggalakkan murid lain mencontohinya. "Sebelum ini,
hanya murid Tahun Enam saja yang menunaikan solat Dhuha di surau sekolah, selain
bacaan Yasin dan solat Hajat sempena peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR). "Amalan yang dilakukan Muhammad Haziq Amsyar dapat dijadikan contoh
kepada murid lain, malah beliau sendiri ada mengajak beberapa rakannya yang lain
untuk turut sama," katanya.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/125034

MUHAMMAD Haziq Amsyar menunaikan
solat sunat Dhuha berseorangan di surau sekolahnya. - Foto Muhd Faris Zainuldin
KOTA BHARU: Setiap hari di waktu rehat, seorang murid Tahun Satu, Muhammad Haziq
Amsyar Ahmad Mustamam, 7, menunaikan solat sunat Dhuha berseorangan di surau
sekolahnya. Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail 1, di sini itu,
memperuntukkan beberapa minit dari masa rehatnya untuk menunaikan solat Dhuha
yang juga amalan rutin hariannya. Beliau yang ditemui di sekolahnya pagi tadi
berkata, amalan itu disarankan oleh ibu bapanya sejak awal tahun ini, malah
turut diamalkan di rumah. "Ketika waktu rehat pada jam 9.45 pagi, saya akan
makan makanan yang dibekal ibu terlebih dahulu sebelum ke surau untuk menunaikan
solat Dhuha. "Sejak awal sesi persekolahan pada Januari lalu, saya bersolat
(Dhuha) seorang diri dan kini mula mengajak rakan lain untuk sama-sama berkongsi
pahala," kata anak sulung daripada empat beradik itu. Muhammad Haziq Amsyar yang
mula bersolat lima waktu sejak berusia lima tahun berkata, amalan solat Dhuha di
sekolah tidak membebankannya, malah masih boleh bermain dengan rakan lain kerana
waktu rehat diperuntukkan masa selama setengah jam. Sementara itu, Guru Besar SK
Sultan Ismail 1, Mohd Nawawi Kelasah, berkata pihaknya sudah lama menyedari
amalan yang dilakukan murid Tahun Satu itu dan menggalakkan murid lain
mencontohinya. "Sebelum ini, hanya murid Tahun Enam saja yang menunaikan solat
Dhuha di surau sekolah, selain bacaan Yasin dan solat Hajat sempena peperiksaan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). "Amalan yang dilakukan Muhammad Haziq
Amsyar dapat dijadikan contoh kepada murid lain, malah beliau sendiri ada
mengajak beberapa rakannya yang lain untuk turut sama,"

0 Response to "Murid Tahun Satu Solat Dhuha Di Sekolah Setiap Hari"
Post a Comment