ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Datuk
Seri Mukhriz Mahathir mendakwa dirinya dipecat oleh Putrajaya kerana tindakannya
mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan isu 1MDB, derma
RM2.6 bilion dan GST.
"Sesungguhnya alasan sebenar tindakan ini
diambil ke atas saya adalah kerana kritikan mengenai 1MDB, wang derma RM2.6
bilion dan bebanan sara hidup rakyat akibat GST yang telah saya suarakan
terhadap Perdana Menteri seperti yang beliau sendiri akui.
Dalam sidang media yang sama, Mukhriz juga
memberikan amaran bahawa UMNO berada pada titik yang lemah selagi dipimpin oleh
Najib.
"Saya minta maaf untuk mengatakan ini, selagi
Najib masih ada, UMNO akan terus berada pada titik yang paling lemah pada ketika
ini. Skandal demi skandal, kita sudah tidak boleh menerima semua ini. Ini sudah
melampau dan membuatkan rakyat dan kepimpinan yang lain trauma.
"Kita sudah tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara," katanya.
"Kita sudah tidak boleh lagi merasa bangga apabila kita ke luar negara," katanya.
Kenyataan Mukhriz itu juga turut disahkan oleh
beberapa pelajar di luar negara yang mengakui bahawa mereka sendiri berasa malu
dengan skandal yang terus menerus melanda kepimpinan kerajaan sehingga mereka
malu untuk mengakui berasal dari Malaysia.
- THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Saya Dipecat Kerana Kritik Najib'"
Post a Comment