Minggu lepas, saya pergi ke Pejabat Pos yang
mana saya jarang pergi ke tempat itu untuk membeli beberapa sampul surat untuk
menghantar pakej ke luar negara. Tetapi saya terlupa untuk mengambil kembali
baki duit sebanyak 38 yen.
Petang itu, saya menerima panggilan telefon
dari Pejabat Pos yang menelefon ke rumah dan memaklumkan bahawa mereka masih
menyimpan baki duit tadi dan akan menyimpannya buat sementara sehingga saya
datang mengambilnya.
Bagaimana mereka boleh mencari saya? Dari
alamat (pengembalian surat jika tidak sampai ke penerima) yang saya tulis pada
sampul surat yang telah dihantar!
Seminggu kemudian, saya datang ke Pejabat Pos
itu untuk mengambil kembali baki wang 38 yen. Seorang kakitangan wanita yang
berada di kaunter segera mengembalikan baki wang saya yang mereka simpan dan
meminta maaf kerana terpaksa menyusahkan dan menganggu saya di rumah.
Semuanya kerana 38 yen.
Saya terharu dan kagum dengan tahap
perkhidmatan di Jepun dan dari Pejabat Pos itu juga.
- THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "Kisah ¥38 Yen"
Post a Comment