
KUALA LUMPUR - Hajat nak marahkan
pengawal keselamatan wanita KLCC, rupa-rupanya mengundang padah pada dirinya
sendiri apabila seorang lelaki bernama Peter Cheng dikecam teruk selepas memuat
naik 'kesilapannya' sendiri di laman sosial.
Difahamkan lelaki itu berkeras mahu
memarkirkan kenderaannya di parkir yang dikhaskan untuk wanita. Namun tidak
dibenarkan oleh pengawal keselamatan terbabit sehingga berlaku sedikit
kekecohan.
"Pagi tadi saya bawa isteri shopping
di KLCC untuk Tahun Baru Cina. Pengawal Keselamatan wanita itu pula enggan
membenarkan saya parkir di situ kerana tempat itu dikhaskan untuk wanita
sahaja.
"Saya beritahu dia yang saya bawa
isteri saya pergi membeli belah di bangunan ini, namun dia tetap berkeras tidak
membenarkan. Jadi saya menyuruh isteri saya memandu dan parkir kenderaan kami
di tempat itu sementara saya pula keluar berjalan ke pintu masuk dan menunggunya
di situ.
"Bagaimanapun, wanita tadi tetap tidak
membenarkan dan menghalang isteri saya dari parkir di tempat itu. Adakah ini
adil? Tindakan wanita itu menyebabkan saya bertelagah dan menjerit dengan
lantang padanya agar kami dibenarkan parkir di situ. Apabila saya cuba merakam
gambarnya, dia segera beredar.

Sementara itu di media sosial,
rata-rata netizen mengecam tindakan Peter yang cuba menyalahkan pengawal
keselamatan wanita itu.
"Guard itu hanya menjalankan tugas.
Ladies parking hanya untuk kereta yang dipandu oleh perempuan atau dalam
kumpulan orang perempuan sahaja. Parking ini disediakan untuk keselamatan kaum
wanita sahaja, bukan untuk yang datang dengan keluarga.
"Tak faham konsep ladies parking,
hentam guard yang jalankan tugas. Kemudian viralkan kebodohan sendiri di media
sosial," kata netizen.

- THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Takkan Tak Boleh Parking Di Ladies Parking?!'"
Post a Comment