
Akhirnya akses ke jaringan internet
kembali berfungsi setelah lima hari menyusahkan hidup aku berulang alik ke
Starbucks dan rumah Hizam Mohd.
Mujur aku masih ada data plan pada
Hotlink dan juga DiGi. Untuk perkara-perkara kecemasan, aku hanya tethering
menggunakan telefon mudah alih.
Rabu, 27 Januari 2016. Aku mula
menghubungi Telekom Malaysia (TM) melalui Twitter rasmi mereka, @TMConnect.
Respon agak pantas, pihak TM maklumkan kepada aku nombor laporan.
Khamis, 28 Januari 2016, masih tiada
internet dan juga tiada sebarang maklumbalas dari pihak TM menyebabkan aku
bertanya sekali lagi pada mereka melalui @TMConnect. Bagaimanapun, jawapan yang
diberikan tidak memuaskan hati.
Aku mula mengesyaki router yang
bermasalah membuatkan aku membeli router yang baru dengan harapan masalah
selesai. Malangnya, sangkaan aku meleset apabila Hypptv dan telefon masih
berfungsi namun tiada talian internet.
Jumaat 29 Januari 2016, internet masih
tiada dan buat kali ketiga aku menghubungi @TMConnect. Jawapan mereka? Sama
seperti sebelumnya. Apa lagi yang boleh aku jangkakan selain dari jawapan Copy
and Paste?
Ahad 31 Januari 2016, masih tiada
internet dan aku sudah malas nak tweet @TMConnect. Andai esok masih begini, aku
akan buat laporan pada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM).
Aku buat keputusan untuk pergi ke Big
Bad Wolf dengan Intan Payung. Sedang aku memilih buku, terdapat panggilan
telefon dari pihak kontraktor/juruteknik TM yang bertanya sama ada aku berada di
rumah atau tidak.
"Saya ada di rumah jam 2 petang
nanti," kata aku pada si pemanggil.
"Oh yeke? Kami kerja separuh hari
untuk hari ini," katanya.
"Paling cepat, saya sampai ke rumah
dalam jam 1 petang," aku jawab dengan sabar.
"Baiklah, nanti kami telefon encik
semula dalam jam 11.55 pagi," katanya.
Ya, aku suruh Intan Payung 'cut it
short' sebab aku tak sanggup untuk menunggu sehari lagi untuk menyelesaikan
masalah internet.
12.55, kontraktor/juruteknik TM tiba
di rumah. Hasil pemeriksaan mereka, keadaan kabel fiber optik masih dalam
keadaan baik. Dia menelefon talian sokongan TM dan mendapati VLAN untuk internet
aku hilang. Ya, VLAN untuk talian internet hilang!
Pihak TM buat semula VLAN tersebut dan
talian internet kembali seperti biasa. Masalah yang makan berhari-hari akhirnya
selesai dalam masa 15 minit.
Ini memang puaka! Untuk menyemak VLAN
masih up atau down, pihak TM boleh saja melakukannya tanpa perlu menunggu 5
hari! Aku tak tahu sama ada perlu menghantar kontraktor/juruteknik untuk
menyemak keadaan VLAN sebab kontraktor itu tidak mampu buat apa-apa dari rumah
aku.
Mungkin ada masalah lain selain dari
VLAN tetapi kenapa TM tidak semak lebih awal keadaan VLAN sebelum aku perlu
menunggu kehadiran kontraktor/juruteknik tiba selama 5 hari?
0 Response to "'TM Ni Memang Puaka! 5 Hari Takde Internet!'"
Post a Comment