
Juallah maruah kamu Malaysia. Tak
payahlah belajar susah-susah lagi. Cikgu di universiti, di sekolah semua buang
masa saja sebab pada akhirnya kita semua akan mendengar kata-kata orang yang
berduit. Tak payahlah nak belajar teruk-teruk sangatlah jika begini.
Ramai yang cakap kita patut sokong
Melayu. Saya kata kita sokong semua orang tanpa mengira bangsa. Apa? Kalau
Melayu nak menjahanamkan Melayu, kita kena sokong juga ke?
Industri seni ini industri kesayangan
saya dan ramai lagi pengusahanya dan kita berusaha serta belajar bertahun-tahun
nak buat sesuatu yang baik dan membanggakan.
Contohnya, kalau anda doktor dan ada
syarikat pharma nak menaja ubat-ubatan yang anda rasa tidak sesuai. Tetapi
kerana dia memberikan anda duit, adakah anda sanggup memberi ubat-ubatan itu
kepada pesakit anda?
Kadang-kadang tiada gunanya bercakap
dengan orang yang tidka faham kerana mereka tidak peduli pun perihal industri
anda.
Seperkara lagi, mengapa pula timbul
isu dengki? Saya nak dengki apa? Saya dah cukup dengan rezeki yang diberikan
oleh Allah SWT. Tetapi apa nak jadi dengan industri saya kalau integriti kerja
kita pun terganggu? Mungkin saya bodoh, tetapi saya dari dulu tak bekerja kerana
duit.
Dan disebabkan itu juga saya pernah
batalkan penerbitan satu program besar kerana saya memboikot syarikat yang ingin
menaja program saya itu adalah syarikat yang menyokong golongan zionis Israel.
Pada ketika itu, syarikat saya tidak bekerja selama 6 bulan. Tetapi rezeki di
tanggan Allah SWT dan Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami.
Integriti itu penting dalam kerja
kita. Saya bersuara kerana saya tidak mahu melihat industri menjadi hamba kepada
duit. Kita boleh bekerjasama dengan duit dengan menimbulkan situasi win-win.
Kedua-dua pihak pula boleh mendapat faedah dari good working relationship.
Tetapi ramai yang tidak kisah dan tidak menghormati industri kami.
Saya faham kerana ia adalah industri
hiburan. Lagholah. Orang yang tidak berpelajaran pun boleh berjaya. Tetapi bila
terasa sunyi dan sedih, hiburan juga yang dicari.
Hiburan juga boleh mempunyai pelajaran
dan ilmu. Tetapi mungkin itu bukan yang dimahukan daripada syarikat yang hanya
mahu hardsell produk mereka. Hardsell bermaksud menjual nama produk tak
henti-henti sampai orang rasa terganggu dari tujuan asal menonton rancangan
tersebut.
Soft selling pula akan memberikan
impak jangkamasa panjang untuk sesuatu syarikat itu mengenai produk yang dijual
akan nampak lebih tinggi statusnya. Sebagai contoh, iklan Petronas yang sentiasa
memberikan impak tinggi kepada rakyat Malaysia saban tahun di waktu musim
perayaan dan hari kebangsaan. Meskipun tiada nama Petronas disebut dalam iklan
itu, namun impaknya berpanjangan dan ini digelar sebagai psychology
pemasaran.
Saya berbangga dengan orang Melayu
yang berjaya. Saya bangga dengan orang Cina yang berjaya, saya bangga dengan
semua rakyat Malaysia yang berjaya dan ini bukan isu dia. Isu dia adalah anda
sebagai penonton dan saya sebagai orang industri. Yang saya risaukan ialah masa
depan industri ini.
Saya tidak peduli dengan pendapat
orang yang tidak berpelajaran yang tidak berbincang menggunakan akal. Tetapi
kalau berbincang, anda perlu faham subjek dan bukannya main hentam saja baru
boleh berbincang. Tetapi kepada mereka yang saja nak mencari pasal dengan
memanggil saya gemuklah, apalah, golongan Melayu terpelajar seperti ini tidak
perlulah menimbulkan masalah di sini sebab saya akan delete dan block saja
kerana ini adalah ruangan saya. Assalamualaikum.
- THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "'Tak Payah Belajar Susah-Susah Sebab Kita Akan Dengar Cakap Orang Berduit'"
Post a Comment