Mengerikan
apabila seorang ahli perniagaan bukan hanya dikelar dan ditikam penjenayah yang
menculiknya di Jalan Kamunting di sini, malah leher mangsa yang cedera turut
digigit lintah gergasi.Dalam kejadian jam 12 tengah malam kelmarin, Chua Hock
Hee, 34, dikejarkan ke hospital bagi membolehkan doktor mencabut lintah besar
itu yang menghisap darah pada lehernya.
Difahamkan
lintah hitam itu melekat pada leher selepas mangsa yang cedera menyorok dengan
merendamkan badannya dalam paya di sebuah belukar.Menurut Chua, kejadian berlaku
ketika dia memandu bersendirian untuk pulang ke rumahnya di Kamunting, di sini
apabila sebuah kereta dinaiki empat lelaki memintas dan menghalang
keretanya.
“Semua
lelaki tidak dikenali itu memaksa saya keluar dari kereta dan menggari tangan
serta dipaksa berdiam diri sebelum leher dikelar dengan pisau.“Saya meraung
kesakitan sebelum mereka menikam belakang dan depan tubuh saya berulang kali,”
katanya.Menurutnya, kumpulan penjenayah itu kemudian memasukkannya ke bahagian
tempat duduk belakang kereta selepas menyangka dia sudah mati.
Mereka
merampas barangan berharga, termasuk dompet dan telefon bimbit. Saya
berpura-pura tidak sedarkan diri nekad membuka pintu kereta sebelum melompat
keluar.“Walaupun sakit, saya berusaha bangkit sebelum berlari ke arah belukar
berhampiran sungai. Saya merendamkan badan di dalam belukar berpaya itu
berikutan bimbang ditangkap semula,” katanya.
Menurutnya,
dia berada dalam paya itu selama hampir tiga jam sebelum merangkak keluar dari
belukar dan berusaha mendapatkan bantuan.“Saya sampai ke sebuah rumah kampung
didiami keluarga Melayu yang segera menghubungi polis.“Polis membuka gari pada
tangan dan saya dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan kecemasan berikutan
pendarahan teruk akibat ditikam,” katanya.Menurutnya, kakitangan hospital
terkejut apabila mendapati seekor lintah besar melekat pada lehernya.
Sumber
0 Response to "Malang Berganda, Wanita Ini Diculik Dan Dikelar Serta Digigit Lintah Gergasi !"
Post a Comment