Baru-baru ini, pelakon Nur Fazura telah membuat pendedahan mengenai percintaannya dengan Shaheizy Sam suatu ketika dahulu menerusi rancangan realiti Facing Up To Fazura (FUTF).
Biarpun Sam tidak mahu memberikan sebarang kenyataan yang menafikan atau mengiyakan perkara tersebut, nampaknya ada individu yang dikatakan kurang senang dengan situasi yang berlaku.
Individu tersebut tak lain dan tak bukan teman tapi mesra yang pernah digosipkan bercinta dengan Sam iaitu, Syatilla Melvin.
Ia susulan status di akaun Twitternya yang berbunyi:
Justeru, ramai yang membuat andaian bahawa tweet itu seolah-olah kena dengan situasi yang berlaku antara Fazura dan Sam sebelum ini.
Bagaimanapun, menerusi portal Murai.com, Syatilla menafikan perkara tersebut dan memberitahu tweet itu cuma luahan hatinya yang langsung tidak ada kaitan dengan kedua-dua pelakon itu.
Ia cuma luahan hati Tilla mengenai masalah peribadi seperti orang lain yang mempunyai kehidupan biasa yang pelbagai warna dan ragam, jadi tak perlulah nak terasa.
Tilla tiada masalah dengan dia pun (Fazura) lagipun kami tak pernah berborak mahupun keluar bersama untuk minum secawan kopi.
Itu adalah Twitter Tilla, jadi Tilla ada hak untuk up apa jua status yang dirasakan perlu tetapi jika isu ini dimanupulasikan oleh sesiapa, Tilla tak mampu nak halang dan berbuat apa-apa, katanya.
Hmm ada benarnya penjelasan Syatilla itu.
Kalau betul sekalipun tweet itu ditujukan kepada Fazura, anggap saja ia hanya luahan seorang manusia biasa seperti anda, betul tak?
Sumber: mynewshub
0 Response to "Syatilla Sindir Fazura Sebab Dedah Kisah Cinta Dengan Shaheizy Sam"
Post a Comment