Kuala Lumpur, 29 Sept: Sebuah bas persiaran yang dipercayai mengalami kerosakan brek merempuh lapan kenderaan lain termasuk sebuah kereta polis yang diletakkan di Taman Cendawan, Jalan Genting Highland petang tadi.
Ketika kejadian yang berlaku kira-kira 4.15 petang itu, bas terbabit sedang menuruni bukit.
Pemandu bas berkenaan yang berusia 49 tahun gagal mengawal basnya sebelum ia terbabas dan memasuki kawasan parkir pusat penanaman cendawan.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohammad Mansor Mohammad Nor, beberapa kenderaan rosak dalam kejadian namun pemandu bas tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Siasatan awal mendapati, bas persiaran itu dipercayai mengalami kerosakan brek sebelum hilang kawalan dan merempuh deretan kerata yang diletakkan di parkir kawasan berkenaan.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana ketika kejadian tiada pemandu kenderaan dan bas persiaran terbabit juga tiada penumpang," katanya memetik laporan dari Harian Metro.
0 Response to "Bas Persiaran Rempuh 8 Kereta Dipercayai Brek Rosak"
Post a Comment