WAH!
Satu perkembangan positif buat industri filem tempatan apabila filem arahan Ghaz
Abu Bakar, Polis Evo dilaporkan sudah berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM8
juta dalam masa 11 hari tayangan!
Pastinya
khabar gembira ini mampu memberikan senyuman kepuasan buat team produksi filem
ini beserta barisan pelakonnya.
Masakan
tidak, di kala kutipan filem tempatan lain yang tidak berapa memberansangkan,
Polis Evo berjaya memecah kebuntuan tersebut.
Ramai
menyatakan kelainan jalan cerita serta teknik sinematografi yang menarik menjadi
antara faktor yang menyumbang kepada kejayaan filem ini.
Polis
Evo dibintangi pelakon popular, Shaheizy Sam, Zizan Razak dan
Nora Danish ini mengisahkan pasukan polis yang perlu menumpaskan sindiket
pengedaran dadah di sekitar Terengganu.
Pelbagai
konflik timbul di antara dua watak utama filem ini sepanjang mereka cuba
menyelesaikan misi yang telah diamanahkan kepada mereka.
Selain
Polis Evo, dua filem tempatan lain juga turut bersaing di pawagam dalam minggu
yang sama iaitu Jwanita dan Girlfriend Kontrak.
Jom
sama-sama meriahkan kutipan filem-filem tempatan agar industri perfileman negara
dapat kembali bernafas seperti mana di zaman kegemilangannya dahulu.
0 Response to "Polis Evo Kutip RM8 Juta Dalam Masa 11 Hari"
Post a Comment