Setelah hampir
sebulan lebih 7 kanak-kanak ini lesap dan hilang tanpa sebarang berita, semalam
1 mayat budak perempuan yang dipercayai salah seorang dari mereka yang hilang
itu ditemui, ini memberi sedikit sinar kepada keluarga untuk menemui anak mereka
walaupun hanya jasad nya.
Dalam kejadian 23 Ogos lalu, tujuh
murid Orang Asli iaitu enam perempuan dan seorang lelaki berusia antara 7 dan 11
tahun dari SK Pos Tohoi bertindak melarikan diri dari asrama sekolah kerana
takut dikenakan tindakan oleh guru selepas mereka dikesan mandi di sungai tanpa
kebenaran.
Mayat seorang budak perempuan ditemui
reput dalam Sungai Perias, kira-kira 500 meter dari Pos Tohoi pukul 7 malam
tadi.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt
Saiful Bahri Abdullah berkata mayat kanak-kanak yang kakinya tersangkut pada
dahan kayu dalam sungai berkenaan dijumpai seorang penduduk
kampung.
"Penduduk berkenaan kemudiannya
melaporkan kejadian itu kepada pasukan pencari dan mereka mengambil masa
kira-kira setengah jam bagi mengeluarkan mayat berkenaan dari sungai
berkenaan.
"Ketika ditemui, mayat telahpun reput
akibat terlalu lama berada dalam air dan dihantar ke Hospital Gua Musang (HGM)
untuk bedah siasat," katanya ketika ditemui di hospital berkenaan di sini malam
ini.
Bagaimanapun, Saiful Bahri berkata
pihaknya belum dapat mengesahkan mayat itu adalah antara tujuh murid SK Tohoi
yang hilang pada 23 Ogos lepas kerana proses pengecaman masih belum
dilakukan.
Menurut Saiful Bahri pihaknya akan
membawa anggota keluarga mangsa yang terlibat untuk membuat proses pengecaman
pagi esok.
"Kita juga akan melancarkan operasi
besar-besaran di sepanjang Sungai Perias di Pos Tohoi hingga ke Sungai Nenggiri
dekat Pos Pulat mulai pagi esok dengan menggunakan beberapa bot bagi mengesan
murid yang masih hilang itu.
"Kita masih mempunyai ramai anggota
penyelamat untuk melancarkan operasi itu termasuk Senoi Praaq (Pasukan Gerakan
Am suku Orang Asli) yang masih berkampung di Pos Tohoi sekarang,"
katanya.
Tujuh murid terbabit ialah Juvina
David, 7; Linda Rosli, 8; Sasa Sobrie, 8; Ika Ayel, 9; Haikal Yaakob, 8; Norieen
Yaakob, 10, dan Miksudiar Aluj, 11; - berasal dari Kampung Gawin dan Penad.
-AWANI
0 Response to "(4 Gambar) Misteri kehilangan terjawab 1 sudah di jumpai semoga 6 lagi ditemui ?"
Post a Comment