Dalam satu kenyataan, Angkasa berkata perbezaan jarak antara planet Musytari dan Zuhrah tidak memungkinkan sebarang proses seperti yang digembar-gemburkan akan berlaku dan tiada sebab untuk Bumi bergelap pada ketika itu.
Semakan daripada laman sesawang Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) mendapati peristiwa planet Musytari kelihatan berada terlalu hampir dengan planet Zuhrah di langit atau juga dikenali sebagai fenomena Ijtimak atau 'Conjunction' adalah normal.
"Fenomena Ijtimak telah berlaku pada 30 Jun lepas dan akan berlaku sekali lagi pada 26 Okt ini. Ketika fenomena ini berlaku pada 30 Jun lalu, planet Zuhrah pada ketika itu berada pada jarak 77 juta km dari Bumi manakala planet Musytari pula pada jarak 909 juta km dari Bumi," menurut kenyataan itu.
Satu artikel palsu kononnya pihak NASA mengesahkan Bumi akan bergelap mulai 15 hingga 30 Nov ini akibat planet Musytari dan Zuhrah akan kelihatan sangat hampir atau hampir selari, hanya terpisah sejauh sudut satu darjah sahaja di langit, telah tersebar luas.
Sumber : Awani
0 Response to "Dakwaan Bumi Akan Gelap Selama 15 Hari ?"
Post a Comment