
Keputusan setiap kali majlis anugerah mahu pun pertandingan sudah menjadi kebiasaan pasti akan mengundang rasa tidak puas hati dan Akademi Fantasia (AF) turut tidak dapat lari daripada kenyataan tersebut.
Baru-baru ini, pengarah Michael Ang telah meluahkan
pendapatnya di laman sosial mengenai program realiti televisyen AF selain turut
menyifatkan program tersebut seperti konsert anak syarikat KRU. Menurut Michael,
apa yang disuarakannya itu adalah sekadar gurauan semata-mata.
“Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak
relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat,
tetapi luahan daripada orang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi
saya.
“Lainlah jika yang
mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat
mereka,” jawab Edry KRU selaku pengetua AF 2015 selain tidak mahu mengambil
peduli tentang perkara tersebut, kepada Harian
Metro.
0 Response to "EDRY KRU TAK AMBIL PEDULI 'GURAUAN' MICHAEL ANG TERHADAP AF"
Post a Comment