PUTRAJAYA
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malam tadi mengesahkan ubat demam (sirap)
kanak-kanak 120 miligram/5 mililiter mengandungi alkohol dan ditarik
balik.
Pengarah
Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Datuk Esah A Rahman berkata,
kementerian sudah menetapkan spesifikasi bahawa produk itu tidak mengandungi
alkohol dan ketika tawaran dibuat mendapati kandungan alkohol tidak dinyatakan
pada label dan sisip bungkusan produk menyebabkan tawaran diberikan kepada
syarikat Royce Pharma Sdn Bhd membekalkan produk itu, memetik laporan dari
Harian Metro.
Bagaimanapun,
siasatan lanjut mendapati produk paracetamol itu mengandungi alkohol tetapi
tidak dinyatakan pada label dan sisip bungkusan.
"Kementerian
sudah mengarahkan syarikat berkenaan memanggil balik semua produk berkenaan di
pasaran dan fasiliti yang terbabit.
"Bagaimanapun,
produk itu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) serta mematuhi
keperluan kualiti, keselamatan dan keberkesanan. Kandungan alkohol pada produk
berkenaan berada pada had yang dibenarkan dan tiada isu keselamatan dilaporkan,"
katanya.
Sementara
itu para ibu bapa yang beragama Islam menyuarakan kebimbangan dan rasa kecewa
mereka di media sosial. Mereka mendakwa kenyataan media yang dikeluarkan oleh
KKM itu mengelirukan dan sukar difahami sehingga ada yang menunding jari pada
KKM.
"Alkohol,
hukum dia apa? Badigol punya statement. Dahlah bagi budak-budak minum, patutlah
anak demam tak kebah-kebah mantoi kepala mabok. Haramkan saja ubat lakhanat ini.
Kita mati-matilah ingat makan ubat sirap, anak boleh baik. Ini bukan bagi baik,
ini nak bagi makin sakit. Jakim mohon siasat! KKM ini sudah jauh tersesat," kata
Ah Long.
Bagaimanapun,
tampil beberapa individu menjelaskan kenyataan media yang menggunakan ayat
bombastic sehingga menyukarkan orang ramai memahaminya.
"Pihak
KKM sudah menetapkan bahawa dalam sirap paracetamol Renol itu tidak patut
mengandungi alkohol. Tetapi selepas mendapat tender, syarikat itu sendiri yang
buat penambahan alkohol yang berfungsi sebagai pengawet. Alkohol boleh digunakan
dalam ubat-ubatan tetapi pada peratusan yang sangat sedikit.
"Kita
tidak patut menyalahkan klinik atau hospital yang memberikan ubat sirap ini.
This is probelm of manufacturer, bukan macam medication error. But for parents,
memang kena berhati-hati bila bagi ubat pada anak. Kami di bahagian perkhidmatan
klinik juga mahu memberikan yang terbaik untuk anda. Tidak semua orang buat
kerja cincai," kata Cik Awin.
"Sebenarnya
dalam ilmu perubatan memang ada alkohol digunakan. Contohnya untuk mencuci luka,
malah dalam kandungan minyak wangi yang kita guna seharian juga mengandungi
alkohol. Selain daripada itu juga, dadah pun ada digunakan dalam perubatan
tetapi dalam dos yang dibenarkan. Cuma kita yang tidak sedar dengan itu
semua.
"Dalam
Islam dibenarkan jika tiada cara lain untuk menyembuhkan penyakit itu melainkan
ubat yang mengandungi alkohol dan benda-benda haram yang lain. Tetapi, jika
terdapat cara lain yang lbih yakin status halalnya adalah lebih baik gunakan
cara itu," kata netizen. - THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "KKM SAHKAN UBAT SIRAP PARACETAMOL MENGANDUNGI ALKOHOL"
Post a Comment