>
TELUK INTAN - Padah mencuri,
seorang wanita berusia 25 tahun ditangkap oleh ibu saudara pengantin di sebuah
majlis perkahwinan di Kampung Selabak, tengah hari semalam ketika dia bergegas
mahu keluar dari rumah itu.

Wanita
yang mempunyai seorang bayi perempuan berusia tiga bulan itu mengaku telah lama
menjalankan kegiatan mencuri di majlis-majlis perkahwinan yang
dihadirinya.
Kantoi Mencuri
Wanita yang mempunyai anak berusia 3 bulan ini kantoi mencuri di majlis perkahwinan orang. Berita selanjutnya di http://goo.gl/br9ZRr
Posted by My Media Hub on Tuesday, October 13, 2015
Memetik
laporan dari Sinar Harian, Rohana Osman, ibu saudara pengantin lelaki mula
mengesyaki wanita itu setelah melihat dia merayau-rayau dalam rumah dengan
keadaan yang mencurigakan.
"Saya
lihat dia naik ke atas, tiba-tiba turun dengan tergesa-gesa dan menuju ke pintu
utama keluar dari rumah. Saya kejar dia dan menarik beg tangannya. Alangkah
terkejutnya saya apabila mendapati beg kulit berwarna hitam milik saya ada di
dalamnya!" katanya yang terus menarik beg tangannya itu dari dalam beg wanita
terbabit menyebabkan berlakunya adegan tarik menarik yang mengundang perhatian
tetamu yang lain.
"Saya
terus bertanya pada dia bagaimana beg saya boleh berada didalam tangannya. Dia
menjawab dia mencurinya dan mengaku sudah terbiasa melakukan kerja-kerja
terkuutuk ini di beberapa majlis kenduri kahwin orang lain sebelum ini,"
katanya.
Rohana
juga menemui sebuah lagi beg tangan kecil yang mengandungi wang tunai RM500 di
dalam beg tangan wanita itu.
Bagaimanapun,
wanita yang berasal dari Seberang Perak itu merayu agar perkara itu tidak
dilaporkan pada polis dan turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya itu
lagi.
Wanita
itu diserahkan kepada polis Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir perak untuk tindakan
lanjut.
Bapa
pengantin lelaki, Hassan Kamar berkata, dia tidak mengenali dan tidak pernah
mengundang wanita itu datang ke majlis perkahwinan anaknya. -
THEHYPEMEDIA.COM
0 Response to "(VIDEO) WANITA KANTOI MENCURI DI MAJLIS PERKAHWINAN"
Post a Comment