REVENGE
is sweet.. itulah yang boleh diibaratkan dengan cara seorang lelaki
membalas kecurangan pasangannya ini.
Dalam
satu video yang kini tersebar, lelaki terbabit kelihatan memimpin teman
wanitanya yang menutup mata kononnya untuk melihat kejutan hari lahir yang
diatur untuknya.
Teman
wanitanya pun dengan penuh teruja kelihatan tak sabar untuk membuka mata namun
apabila tiba saat dinantikan, apa yang dilihatnya amat mengejutkan iaitu kain
baju dan barang miliknya yang sudah siap berbungkus!
Selesai menyanyikan
lagu Selamat Hari Lahir, lelaki tersebut kemudiannya menjelaskan bahawa dia tahu
dia dicurangi membuatkan senyuman yang meleret di bibir teman wanitanya terus
hilang.
Dalam
erti kata lain, lelaki tersebut menghalau pasangannya itu kerana curang di
belakangnya dan dia tidak perlu memaki hamun untuk membalas pengkhianatan dengan
cara paling pedih.
Pembalasan
bagaimana lagi yang lebih pedih daripada ditipu pada hari lahir dan pada masa
sama perbuatan curang dibongkar hingga satu dunia tahu kan? – MYNEWSHUB.CC
Oleh:
Rem Ramzi
0 Response to "PADAN MUKA "VIDEO" KEJUTAN HARI LAHIR UNTUK KEKASIH CURANG"
Post a Comment