Penyanyi Gegar Vaganza 2 Ditangkap Miliki Pistol

Penyanyi Gegar Vaganza 2 Ditangkap Miliki Pistol
Penyanyi Gegar Vaganza 2 Ditangkap Miliki Pistol

Penyanyi Gegar Vaganza 2 Ditangkap Miliki Pistol. Seorang penyanyi bagi kumpulan popular tahun 90-an ditahan kerana dipercayai memiliki pistol angin di Kampung Chubadak, Sentul, awal pagi tadi. Lelaki yang berusia 46 tahun itu di tahan selepas unit cawangan pencegahan jenayah menemui kenderaan jenis Proton Gen 2 yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan. 


Mengikut tehpanas penyanyi yang ditangkap tersebut adalah Amir Ukays. Cuba lihat kisah Amir Ukays Ditangkap Miliki Senjata Api (Pistol) di tehpanas. Pasti ada sebabnya kenapa pistol tersebut ada bersama dengan beliau. 

Ketua Polis Daerah Sentul, R Munusamy berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1.45 pagi tadi. "Pemeriksaan menemui sepucuk pistol angin berwarna hitam jenis Walther CP99," katanya. Menurutnya, pistol tersebut ditemui di atas tempat duduk pemandu di bahagian kiri. 

Penyanyi Gegar Vaganza 2 Ditangkap Miliki Pistol


"Suspek mengaku pistol itu adalah miliknya," katanya. Menurutnya, semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau membabitkan kes dadah pada 2004. Suspek yang juga peserta sebuah rancangan realiti Gegar Vaganza 2 kini ditahan untuk siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata 1960. Penyanyi Gegar Vaganza 2 Ditangkap Miliki Pistol.


sumber : tehpanas.com

Related Posts :

0 Response to "Penyanyi Gegar Vaganza 2 Ditangkap Miliki Pistol"

Post a Comment