
PASIR
GUDANG : Seorang gadis cedera parah dalam cubaan rogol oleh tiga lelaki warga
asing. Gadis tersebut merupakan anak kepada seorang anggota SRS KRT TMF5 telah
dipukul dan dicederakan pada jam 10.00 malam kelmarin ketika pulang dari
kerja.
Mangsa
yang bekerja sebagai Juruwang di Pasir Gudang Bowl (PGB) yang pulang ke rumah
melalui jalan dari pusat bandar ke Taman Mawar, Pasir Gudang, diserang oleh tiga
warga asing yang didakwa cuba merogol mangsa.
Menurut
sumber, mangsa menyedari dirinya diekori oleh tiga lelaki berkenaan dalam
perjalanan pulang, lalu menghubungi rakan sekerjanya memaklumkan mengenai
perkara itu sebelum diserang oleh sekumpulan suspek berkenaan.


Rakannya
yang bergegas ke tempat kejadian menemui mangsa sedang dipukul dan
dipijak-pijak. Mangsa juga dilihat bangkit melawan tiga lelaki terbabit sehingga
jatuh longkang.
Mangsa
yang mengalami kecederaan di bahagian kepala, lebam di muka dan beberapa
bahagian badan yang lain dikejarkan ke hospital berdekatan.
“Kini
mangsa masih berada di Emergency Room. Doktor nak imbas otak dia. Mungkin dah
buat pada jam 1 pagi tadi. Kesian sangat, nasib baik belum sempat dirogol. Budak
ini pun memang melawan,” kata bebrapa orang saksi.
Setakat
ini polis masih belum mengesahkan kejadian yang menimpa gadis terbabit. Kami
semua doakan agar mereka yang bertanggungjawab dibawa ke muka
pengadilan.
–
PRU14.tv
0 Response to "(3 Gambar) Gadis PG Bowl Diserang dan Cuba Diperkosa 3 Warga Asing Semasa Pulang Kerja"
Post a Comment