
GEORGE TOWN
: Seorang suami melalui pengalaman ngeri apabila melihat isterinya maut digilis
dan diseret dengan sebuah treler kontena sejauh 50 meter ke hadapan dari
persimpangan lampu isyarat di Batu Uban, Jalan Sultan Azlan Shah di sini
semalam.
Dalam
kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, mayat, Ching Kim Hiang, 72, ditemui
tertiarap di bawah kenderaan berat terbabit dalam keadaan muka dan badan cedera
parah manakala kaki kanannya hancur akibat digilis.
Bagaimanapun,
suaminya, Yeap Hun Cheng @ Yap Hun Cheng, 78, yang menunggang motosikal jenis
Honda EX5 hanya mengalami kecederaan pada muka, tangan dan kaki.





Sebelum
insiden berlaku, lori kontena yang dipandu seorang lelaki berumur 35 tahun
termasuk motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri tersebut dalam perjalanan
menghala ke Bayan Lepas dari arah Gelugor.
Pegawai
Turus Trafik negeri, Deputi Superintendan Tan Boon Hooi berkata, siasatan awal
mendapati, lori kontena terbabit dikatakan telah bergesel dengan motosikal
mangsa sejurus tiba di persimpangan lampu isyarat berkenaan.
“Akibatnya,
kedua-dua mangsa bersama motosikal yang dinaiki mereka terjatuh ke atas jalan
sebelum diseret lori kontena berkenaan sejauh hampir 50 meter.
“Dalam
kemalangan tersebut, pembonceng wanita disahkan mati di tempat kejadian manakala
penunggang motosikal mengalami kecederaan. Dia dikejarkan ke Hospital Pulau
Pinang (HPP) untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Kosmo!
di sini. R.I.P
0 Response to "(6 Gambar) Tolong !! isteri saya keluh nya ...Isteri Uncle Yeap maut digilis lori kontena depan mata nya"
Post a Comment