Baru-baru ini nama gadis cantik, Diyanah Nadia menjadi viral apabila menerima
sebuah kereta Mercedez dari kedua ibu bapanya di hari lahirnya yang ke 17 tahun.
Sebelum ini dia pernah dihadiahkan sebuah kereta Audi menerusi pencapaiannya
yang menakjubkan.
Siapa sangka, gadis yang mesra disapa Diyanah ini akan
bergelar penyanyi di bawah naungan Indigital Sdn Bhd. Nampaknya semakin ramai
peminat Diyanah yang juga merupakan rakan baik kepada Ammar Affendi iaitu anak
kepada pelakon, Rozita Che Wan.
"Sebenarnya saya menerima tawaran ini sebelum nama saya menjadi viral
lagi. Buat masa ini saya belum menandatangani sebarang kontrak dan mungkin
semuanya akan dilaksanakan pada bulan hadapan. Sememangnya saya cukup gembira
dengan tawaran ini dan merasakan ini adalah satu benda yang berbeza dalam hidup
saya. Tetapi apa pun yang saya lakukan, nama baik saya dan keluarga perlulah
dijaga," ujar Diyanah Nadia yang ditemui ketika Seminar Bisnes Muzik anjuran
Indigital Sdn Bhd dengan kerjasama SukaSucre Kreatif semalam.
Diyanah
yang sememangnya meminati dunia nyanyian sesekali tidak akan mengabaikan
pelajarannya setelah bergelar penyanyi. Kini dia merupakan pelajar tahun pertama
di Kolej Vokasional Sepang dan bakal menerima segulung diploma dalam tempoh dua
tahun lagi.
"InshaAllah saya akan dapat bahagikan masa dengan
sebaiknya antara pelajaran dan bidang seni. Nyanyian adalah minat saya sejak
dulu lagi tetapi dalam masa sama saya perlu fokus dalam bidang pengajian.
Selepas mendapat segulung diploma nanti, saya berhasrat untuk menyambung
pengajian di peringkat ijazah di luar negara," ujarnya yang merupakan
pelajar jurusan sains komputer.
Sumber: Mediahiburan
0 Response to "6 Foto terbaru Diyanah Nadia, kekasih Ammar Affendi yang semakin jelita"
Post a Comment