Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di
Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan,"
kata Surianti Mohd Nor, 35, balu kepada Harun Salim Bachik yang terpaksa
mengambil keputusan membawa diri dengan pulang ke kampung halamannya di Kulim,
Kedah selepas tidak mampu menanggung sara hidup di ibu kota.
Menurut
Surianti, sumber pendapatan menjual produk kesihatan Legasi Hsb tidak mencukupi
bagi menampung kos sewa rumah dan anak-anak yang masih bersekolah.
"Sewa
rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun semua
barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung
saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya," ujarnya dipetik sebagai
berkata.
Dalam pada itu, Surianti meluahkan perasaan terkilan dan berasa
dipinggirkan selepas pemergian arwah pada 8 Mac lalu.

Tambahnya, kenyataan pelawak yang juga anak didik arwah iaitu Achey dalam
sebuah portal hiburan atas talian yang kononnya sering bertanya khabar keluarga
mereka juga tidak benar.
"Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila
kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan
untuk persekolahan anak-anak saya.
"Saya ada terbaca kenyataan Achey
baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun
sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.
"Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share
perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu
pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan
tersebut," jelasnya.

Sementara itu, kata Surianti, dia pernah memohon untuk berniaga di
karnival-karnival yang dianjurkan oleh pihak tertentu atas tiket isteri artis
tetapi tidak dilayan.
Katanya, perkara tersebut membuatkankan dirinya
semakin tertekan dan rasa tersisih dari masyarakat.
"Ada beberapa kali
saya mohon untuk sertai karnival jualan tetapi tidak dibenarkan pihak penganjur
kerana saya bukan artis, walhal isteri artis-artis lain boleh pula.
"Tidak apalah mungkin rezeki saya sudah tidak ada di sini dan saya ingin
mula hidup baru di kampung. Anak-anak pula saya sedang dalam proses untuk tukar
sekolah mereka di sana," katanya.
Untuk rekod, Surianti berkahwin dengan
Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000 dan hasil perkahwinan tersebut
mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Hakeem Sufy Al-Rashid, 14 dan Siti
Hazeera Sofea, 12.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad,
Harun memilki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan
lama.
Sumber: Myartis
0 Response to ""Kami Terpaksa Balik Kampung..." - Balu Harun Salim Bachik"
Post a Comment