
Kapten pasukan bolasepak
Johor Darul Ta’zim, Aidil Zafuan Abdul Razak, 27, memberitahu mStar
Online bahawa dia akan membayar tuntutan muta’ah atau saguhati
perceraian bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini sekaligus, dan enggan berhutang
apa-apa dengan wanita itu.
Aidil diperintahkan untuk membayar sebanyak RM 30,000 dari tuntutan asal Rita sebanyak RM 300,000 melalui keputusan mahkamah pada 6 Oktober. Bagaimanapun, dia mengakui masih belum membayar kerana masih belum menerima surat perintah dari mahkamah.
Aidil diperintahkan untuk membayar sebanyak RM 30,000 dari tuntutan asal Rita sebanyak RM 300,000 melalui keputusan mahkamah pada 6 Oktober. Bagaimanapun, dia mengakui masih belum membayar kerana masih belum menerima surat perintah dari mahkamah.
Mahkamah sudah pun memberi perintah tersebut. Maka saya akan bayar. Lagipun saya tak pernah cakap tak mahu bayar. Kalau tak bayar, maksudnya saya dah langgar perintah mahkamah.Saya akan bayar habis (sekali gus) dan tidak mahu berhutang apa-apa lagi dengan dia.Cuma pihak saya belum menerima sebarang surat dari mahkamah untuk membuat pembayaran itu.
Aidil juga memberitahu
dia sentiasa membayar nafkah anaknya dan menjalankan tangungjawab sebagai bapa
untuk anak-anak itu:-
Harap-harap tiada isu lain timbul. Setakat ini saya membayar nafkah anak-anak macam biasa.
Ketika ditanya sama ada
dia dapat bertemu dengan dua anaknya bersama Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6,
dan Airit Qaqa Arjuna, 4, Aidil berkata:-
Tidak. Walau apa pun dia (Rita) cuba buat, anak-anak tetap ber’bin’kan Aidil Zafuan.Kalau betullah cara saya ini, satu hari nanti anak-anak akan tahu sendiri perkara yang sebenar.

Di Instagram miliknya
juga, Aidil beberapa kali memuat naik mengenai kerinduan terhadap
mereka.
Semoga terdapat jalan
penyelesaian buat masalah ini, jika tidak dalam masa terdekat, mungkin di masa
akan datang.
SUMBER
ARTIKEL BEAUTIFULNARA
0 Response to "Apa Pun Rita Rudaini Buat, Anak Tetap Berbinkan Saya – Aidil Zafuan"
Post a Comment