
Penyanyi
Khairil Azam Pilus atau Aril sebak ketika mengazankan bayinya yang baru lahir
kerana terkenangkan arwah abangnya, penyanyi Izwan Pilus.
Aril
berkata, arwah Izwan pasti menjadi insan paling gembira jika ada bersama
menyambut kelahiran anak sulungnya pada malam Selasa baru-baru ini.
“Tiba-tiba
saya terkenangkan arwah abang semasa mahu mengazankan anak saya. Saya dapat
bayangkan betapa gembiranya dia jika masih ada. Tambah-tambah lagi tarikh lahir
mereka sama iaitu pada 24 November.
“Ibu saya
juga sangat gembira kerana dia turut berkongsi tarikh lahir dengan anak sulung
saya. Syukur kepada Allah kerana semuanya berjalan lancar,” katanya kepada Astro
Gempak.
Menurut
Aril, isterinya Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin selamat melahirkan bayi
lelaki yang sihat seberat 3.6 kilogram secara normal di Hospital Pusrawi, Kuala
Lumpur.
“Saya
berada di sisi isteri dari mula sehingga dia selamat melahirkan bayi kami. Luluh
hati saya melihat isteri menahan sakit bersalin.
“Ketika
itu terbit rasa insaf dalam diri ini. Saya menangis sebaik sahaja dapat menatap
wajah bayi,” ujarnya.
Tambah
Aril, Puteri akan berpantang di rumah ibunya di Kelantan.
Aril pada
petang Rabu, telah berkongsi berita mengenai kelahiran bayi sulungnya di akaun
Instagram.
Sebelum
itu pada Selasa, Aril telah menulis status yang agak menyentuh hati di akaun
Instagram sebelum anak sulungnya dilahirkan.
Menerusi
status tersebut, Aril turut meluahkan rasa rindunya kepada arwah Izwan. Di
kesempatan ini marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Izwan,
semoga rohnya dicucuri rahmat. - AstroGempak
0 Response to "Aril sebak terkenang arwah abang .. anak lahir kongsi tarikh lahir arwah abang"
Post a Comment