![]() |
Gambar Hiasan Milik: Broframestone.com |
PENGGUNAAN kad prabayar
Touch ‘n Go dilihat semakin meluas selepas pengumuman dibuat bahawa tiada lagi
lorong tunai di beberapa tol di Malaysia.
Bagaimanapun, muncul pula
cerita kurang enak yang mendakwa sistem pembayaran elektronik ini tidak telus
dan menyebabkan kerugian kepada pengguna.
Antara yang berasakan
dirinya menjadi mangsa, seorang pengguna Facebook yang mendakwa sistem itu telah
mengenakan cas sebanyak RM6 dan bukan harga asal tol yang patut dibayar iaitu
RM1.30.
Menurut Fifi Athirah, dia
dikenakan lebihan cas sebanyak RM4.70.di tol Semenyih, Selangor.

“Masa lalu lorong Touch ‘n
Go untuk pembayaran dia tolak RM6.00 dan baki saya tinggal RM4.10. Sepatutnya
ada RM10.10 – RM1.30 = RM8.80.
“Boleh tak saya
claim balik ‘RM4.70’ = RM6.00 – RM1.30. walaupun nilainya kecil bagi orang lain,
bagi saya pengguna setia tol setiap hari amat bermakna nilai tersebut,”
luahnya menerusi laman Facebook.
Jelasnya, mengikut
kebiasaan setiap hari dia akan membayar tol sebanyak RM9.80 untuk pulang dan
balik kerja, namun akibat insiden ‘overcharge’ tersebut, pergi kerja
sahaja bayaran tol yang dikenakan padanya adalah RM9.60.
Kecewa dengan hal itu, Fifi
berharap sistem pembayaran diselenggara dengan lebih baik agar kejadian sama
tidak berulang lagi.
Dalam pada itu di laman
group Facebook ‘Semenyih’, pengguna turut meluahkan aduan sama tentang perkara
tersebut.
Lebih parah, ada yang
mendakwa mengalami kerugian sebanyak RM56 apabila menggunakan kad Tonch n
Go.
Menurut seorang pengguna
lebuhraya yang tidak mahu dikenali, kejadian ‘overcharge’ini
kebiasaannya berlaku apabila skrin pada baki Touch n’ Go tidak
dipaparkan.
Oleh itu, pengguna diminta
berhati-hati dan sentiasa memeriksa baki Touch ‘n Go anda.
– Mynewshub
0 Response to "PANAS - Pengguna Kecewa Touch ‘n Go “Overcharge” Sesuka Hati"
Post a Comment