
Kasih ibu bawa ke syurga,
kasih bapa sepanjang masa.
Begitulah yang boleh kami
ungkapkan tatkala melihat sekeping gambar yang dikongsikan seorang netizen
ini.
Demi kasih terhadap anak
perempuan, seorang lelaki terpaksa membuang perasaan malunya dengan mencari
barangan terbuang dalam tong sampah yang boleh dijual kepada peniaga kitar
semula.
Semua dilakukan semata-mata
bagi mencari sesuap nasi kepada keluarga tercinta.
Apa yang menyayat hati,
seorang kanak-kanak perempuan dipercayai anaknya dilihat duduk di kaki lima
berdekatan sambil menyaksikan bapanya sedang mencari rezeki.
Aksi dua beranak yang
dirakam di kawasan Sentul Raya, Kuala Lumpur ini sekaligus mengundang perasaan
simpati orang ramai yang melihatnya.
Bayangkan, setelah
berhempas pulas memastikan anak membesar sempurna, ada juga individu yang tidak
menghargai ibu bapa yang berkorban nyawa dan wang ringgit demi
mereka.
Buktinya, lihat sahaja kes
viral yang berlaku baru-baru apabila seorang anak sanggup memarahi ibunya
sendiri di tempat awam.
Semoga apa yang berlaku ini
menjadi pengajaran buat kita semua agar menghormati insan bergelar ibu
bapa.
0 Response to "Bapa Selongkar Tong Sampah Demi Sesuap Nasi Untuk Anak"
Post a Comment