
Biarpun pengelihatannya agak
terhad, itu bukanlah satu penghalang kepada seorang suami membuktikan cinta
terhadap isterinya apabila dia sanggup menyorong isterinya yang lumpuh sejauh 5
kilometer dari rumah mereka di Flat Taman Setia Jaya, Jalan Langgar untuk ke
hospital Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapatkan rawatan susulan bagi
penyakit tiroid dan asma.
Kehebatan suami ini telah
menarik perhatian netizen apabila menjadi viral di laman sosial Facebook sejak
semalam.
Alee Bohnah, 53, yang
merupakan seorang warga Thailand yang menetap di negara ini sejak 30 tahun lalu
yang terpaksa menyorong kerusi roda sambil isterinya, Che Pora Saad, 59, dan
memangku cucunya, Mohd. Shafie Abdullah, 8, untuk mendapat rawatan di hospital
menjadi bualan ramai.
Alee berkata, tindakan
menyorong isterinya itu adalah untuk memastikan isterinya tidak terlepas
temujanji dengan pihak hospital untuk membuat pemeriksaan darah dan dia tidak
pernah merungut untuk berbuat demikian kerana selalu menyorong isterinya ke
hospital atau ke mana saja
“Kami
keluar dari rumah kira-kira pukul 8 pagi semalam dan pada mulanya mahu menaiki
teksi. Namun nasib tidak menyebelahi kerana tujuh hingga lapan buah teksi yang
ditahan sudah ada penumpang selain ada teksi yang membawa muatan sehingga tiada
ruang untuk meletakkan kerusi roda.
“Saya
sudah biasa sorong isteri menggunakan kerusi roda ke HSB, namun biasanya ada
pengguna jalan raya yang prihatin berhenti dan menghantar kami ke hospital.
Dalam perjalanan semalam pun, ada pengguna jalan raya yang berhenti dan hantar
kami ke hospital, perkara sama juga berlaku ketika kami mahu pulang ke
rumah,” ujarnya
dipetikUtusan
Malaysia.
Menurut Alee, penglihatannya
yang kabur itu menyebabkan dia tidak memiliki sebarang kenderaan kerana tidak
boleh memandu.
“Jika
saya ada wang, saya rancang untuk beli sebuah motosikal agar anak ketiga saya,
Junaidah, 19, dapat menghantar ibunya ke hospital dan anak saudaranya ke
sekolah,”katanya.
Tambahnya, dia sudah biasa
berjalan kaki dalam jarak jauh kerana sering menghantar Mohd. Shafie ke Sekolah
Kebangsaan (SK) Taman Uda yang terletak kira-kira tiga kilometer dari
rumahnya.
“Namun
begitu, saya dan cucu kerap dibantu beberapa waris pelajar lain yang menghantar
kami pulang ke rumah,” katanya lagi.
Beliau yang mempunyai lima
orang anak berusia antara 16 hingga 28 tahun dengan dua daripadanya mengalami
masalah pembelajaran dan seorang lagi mengalami penyakit lembam.
“Saya
hanya bekerja sebagai pencuci pinggan di sebuah kedai makan berdekatan pasar
borong di Jalan Gangsa dengan pendapatan RM30 sehari,” tambahnya.
Bagi yang mahu menghulurkan
sumbangan kepada keluarga tersebut boleh menghubungi Alee di talian 012-5433410
atau menerusi akaun Bank Simpanan Nasional milik Alee Bohnah 02001-41-00002809-4
- Siakapkeli.my
0 Response to "Kasih Sayang Suami, Sanggup Sorong Isteri Lumpuh Sejauh 5 Kilometer Untuk Ke Hospital"
Post a Comment