
MAHKAMAH
Majistret Petaling Jaya, Selangor pada Sabtu menjatuhkan hukuman denda RM5,000
kepada pelakon dan model, Zarina Anjoulie selepas mengaku bersalah positif dadah
jenis syabu, tiga tahun lalu.
Majistret
Mohd Nazri Omran turut memerintah pelakon yang terkenal menerusi dramaAnak
Pontianak itu menjalani hukuman penjara enam bulan, sekiranya gagal
membayar denda.
Selain
itu, Zarina, 29 turut diperintah menjalani pengawasan di bawah Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK) selama tiga tahun.
Dia
didakwa atas pertuduhan positif dadah jenis syabu berdasarkan pemeriksaan yang
dilakukan terhadap kandungan dadah dalam air kencing.
Terdahulu,
Zarina dan Mohamad Fakhruzaim ditahan kerana memiliki dadah
jenis Syabu di alamat No. C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C,
Damansara Damai di Petaling Jaya pada pukul 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Atas
kesalahan itu, mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah
Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda
hingga RM5,000 jika disabitkan bersalah. – MYNEWSHUB.CC
Sumber: BH
Online
0 Response to "Positif Dadah, Zarina Anjoulie Didenda RM5,000"
Post a Comment