Ketika Fazura mempertahankan kritikannya mengenai isu 'KimK', individu yang
menjadi mangsa hinaan aktres tersebut memberitahu dia tidak pernah berniat untuk
mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pelakon itu.
Wanita yang dikenali
dengan nama Vii Narza di Instagram itu berkata, dia tidak mempunyai sebarang
sebab untuk memberi komen buruk sedangkan dia sudah lama meminati Fazura sebagai
artis kesayangannya.
"Secara jujurnya KimK yang saya maksudkan adalah
Kim Kardashian bukan seperti Fazura faham.
"Saya adalah orang biasa yang
meminat dia (Fazura), kenapa saya nak komen buruk pasal gambar tersebut yang dia
muat naik," ujarnya.
Vii Narza berkata demikian ketika diminta
mengulas tentang kontroversi yang menjadi viral pada Rabu lalu apabila komen
yang ditinggalkannya disalahtafsirkan oleh Fazura.

Dalam sekeping gambar yang dimuat naik oleh Fazura, Vii Narza telah memberi
komen menyamakan salah seorang dalam gambar itu seperti aktres antarabangsa Kim
Kardashian dengan menggunakan singkatan KimK.
Namun perkataan KimK yang
sinonim dengan gelaran artis itu ditafsir sebagai bahasa kesat dan mencarut oleh
Fazura sehingga mendorong dia memuat naik foto mengkritik peminat berkenaan
termasuklah menyentuh imej bertudung wanita itu.
Selain itu Vii Narza
memberitahu dia terkejut apabila komennya menimbulkan kemarahan Fazura sehingga
memuat naik gambarnya di laman sosial.
Sementara itu, ditanya sama ada
dia akan berjumpa dengan Fazura dalam masa terdekat bagi menjernihkan keadaan,
Vii Narza berkata perkara tersebut perlu ditanya kepada pihak pelakon
berkenaan.
"Saya tidak dapat nak komen panjang sebab keadaan masih
tidak mengizinkan dan tentang saya bersedia untuk jumpa dia, itu kena tanya
pihak dia," ujarnya.
Dalam pada itu, Instagram Vii Narza turut meningkat secara mendadak
daripada 300 ke 26,000 ribu pengikut sejak kontroversi berkenaan menjadi viral
dan trending di media sosial sejak Rabu lalu.
Kebanyakan pengikut laman
sosial menyatakan sokongan mereka kepada wanita itu dan menyelar sikap tidak
matang Fazura yang seharusnya mengetahui singakatan nama KimK adalah gelaran
kepada artis antarabangsa Kim Kardashian yang sudah lama digunakan.
Sumber: Ohmedia

0 Response to "Inilah foto wajah sebenar Vii Narza, gadis yang dimalukan Fazura kerana beri komen 'kimK'"
Post a Comment