
Sejak akhir akhir ini,
kisah hubungan antara Zul Ariffin dan pelakon baru Zahirah MacWilson menjadi
perhatian ramai lebih lebih lagi apabila kedua dua mereka mengakui kini sedang
bercinta dan dalam fasa awal mengenali hati budi masing masing.
Zul Ariffin juga sudah
mengeluarkan kenyataan yang beliau sudah lama putus cinta dengan Gayatri Su-Lin
Pillai dan membuat haluan masing masing sekali gus membuka peluang untuk mereka
mencari teman hidup baru.
Dalam kenyataan kepada
mStar Online, bapa kepada Zahirah MacWilson iaitu Zainol MacWilson berasa ragu
terhadap keikhlasan Zul Ariffin untuk berkawan rapat dengan anaknya selain kini
memantau perkembangan hubungan mereka dengan meletakkan beberapa
syarat.
“Saya tidak halang dan
tidak juga galakkan mereka bercinta kerana Zahirah masih muda dan baru dalam
industri. Manakala Zul pula saya banyak dengar cerita negatif tentang dia.
Setakat ini saya tengok sahaja sejauh mana hubungan mereka, kalau boleh saya
tidak mahu Zahirah jadi mangsa dan dipermainkan oleh lelaki,” ujarnya kepada
media.
Zainol MacWilson yang
sudah menetap di Perth, Australia selama lapan tahun mengakui terpaksa pulang ke
Malaysia untuk menguruskan kerjaya anaknya itu sebagai pelakon lebih lebih lagi
apabila kontroversi sebegini timbul.
Zul Ariffin juga telah
bertemu dengan bapa Zahirah MacWilson sebanyak dua kali untuk menjelaskan kisah
negatif yang sering kedengaran termasuklah hubungan dengan Ayda Jebat dan
kekasihnya sebelum ini, Gayatri Su-Lin Pillai. (ROTIKAYA)
0 Response to "Bapa Zahirah MacWilson Ragui Keikhlasan Zul Ariffin Pikat Anaknya"
Post a Comment