
SEOUL
– Seorang gadis jelita Korea Selatan baru-baru ini mencetuskan sensasi
dalam kalangan netizen dari serata dunia, bukan kerana dia anggota band remaja
K-pop, tetapi penampilan dirinya yang lengkap santun berhijab.
Wanita bernama Ayana
Moon ini menetap di Seoul dan menyatakan dirinya sebagai mualaf di negara
‘kimchi ginseng’ tersebut. Uniknya waima Muslim, gadis ini menjadi selebriti
selepas memuat naik foto-fotonya menerusi Instagram.
Ketika ini akaun laman
sosial milik rasmi Ayana itu telah diikuti oleh lebih 29,000 orang dari seluruh
dunia, bahkan menurut pelbagai akhbar tempatan, sudah ada beberapa akaun lain
yang dibuat khusus untuk peminat Ayana sendiri.
Berdasarkan keterangan
menerusi akaun Instagram Ayana, gadis comel ini yang lahir pada 28 Disember 1995
dan adalah satu-satunya Muslim dalam kalangan keluarganya. Ayana memeluk Islam
sejak belajar di sebuah sekolah menengah.
Ayana mengakui dia
asalnya tidak selalu mengenakan tudung. Ini kerana budaya Korea sendiri memang
tidak terlalu ‘akrab’ dengan konsep keagamaan dan cukup menyukarkan bagi Muslim
yang ingin mengenakan kostum berbaur agama.



Namun dia mengakui
dirinya cuma remaja Muslim biasa, bahkan masih peminat TVXQ, band remaja lelaki
terkenal Korea Selatan. Tampaknya gadis ini sebenarnya terkejut apabila dirinya
tiba-tiba mendadak jadi selebriti Instagram.
Gadis berusia 20 tahun
ini juga tidak terlalu suka diperlakukan seperti seorang idola, waima dia tetap
berusaha untuk membalas semua komentar yang ditujukan kepadanya dari ribuan
peminatnya di serata dunia termasuk Malaysia.
“Saya berasa
gembira dapat berkenalan dengan kalian, teman-temanku. Anda mungkin bukan
peminatku tetapi kalian masih adalah temanku. Okay?” tulis Ayana kepada
para pengikut yang cuba mengaku konon sebagai peminatnya.
Meskipun berasa rendah
hati, Ayana cukup ‘garang’ menghadapi para pembenci yang mencela tahap
keimanannya. Malah dia tidak segan membalas komentar pedas mereka yang menghina
pilihan dirinya untuk berhijab.
Bercakap mengenai masa
depan, gadis berkulit cerah ini berniat untuk ‘mendalami’ ajaran Islam dengan
menyambung pengajian di Malaysia. Namun hasrat itu masih belum lagi dapat
dipastikan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
0 Response to "(VIDEO) Wanita Comel Mualaf Korea Jadi Sensasi Seluruh Dunia"
Post a Comment