
Kuala Lumpur – Seorang wanita
dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini
selepas mengaku bersalah mencari pelanggan bagi maksud
pelacuran.
Majisret Erry Shahriman Nor
Aripin memerintahkan Che Roha Hasim, 46, menjalani hukuman bermula dari tarikh
dia ditangkap Sabtu lepas.
Che Roha didakwa mencari
pelanggan bagi maksud persundalan di bawah Stesen Monorel Jalan Thambipillay,
Brickfields, di sini, pada 12.35 pagi 7 November lepas.
Dakwaan mengikut Seksyen 372B
Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara setahun atau denda atau
kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Najwa
Bistamam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal agar tertuduh insaf,
manakala tertuduh memohon hukuman diringankan.
Di mahkamah sama, seorang
pekerja swasta, Azrin Dolmala, didenda RM4,000 selepas mengaku bersalah
melakukan pemerasan terhadap seorang penyelia pusat karaoke Muhammad Faizal Mohd
Isa, 22, sehingga mendorongnya menyerahkan wang tunai RM540.
Azrin, 30, didakwa melakukan
kesalahan itu di Pusat Karaoke Diva, 1Shamelin Mall, Taman Shamelin Perkasa,
Cheras, di sini pukul 3 pagi, 30 Oktober lepas mengikut Seksyen 384 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum sepuluh tahun atau dengan denda
atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu, lapor
Bernama.
0 Response to "PELACUR DI PENJARA 5 BULAN"
Post a Comment