"BODOH ! ORANG NAK BAGI HADIAH PUN TAK NAK IKUT !"
Dua
orang lelaki berbangsa Cina terbabit sedang memaksa wanita ini mengikut mereka
menaiki kereta mereka. Sementara seorang lagi rakan mereka duduk di tempat lain
dan memerhatikan mangsa dari jauh.
Dalam
kejadian di Tesco Seberang Jaya itu, difahamkan, wanita itu dimaklumkan bahawa
dia terpilih untuk mendapat hadiah percuma yang mana dia tidak menyedari yang
dirinya bakal menjadi mangsa sindiket Gores dan Menang.
Mujur
ada seorang insan yang prihatin tergerak hati untuk membantu wanita ini. Serta
merta mangsa terus berlari ke arah orang yang ingin membantunya.
Tindakan
mangsa itu membuatkan dua lelaki terbabit memarahi dan memaki hamun mereka
sebelum berlalu pergi meninggalkan tempat kejadian.
"Bodoh!
Orang nak bagi hadiah pun tak nak ikut!"
Bagaimanapun,
mereka kembali berlegar-legar di kawasan parkir Tesco, mencari wanita Melayu
untuk diperdaya dan menjadi mangsa sindiket mereka.
Orang
ramai dinasihatkan berhati-hati dan tidak mudah terperdaya dengan sebarang
tawaran yang diberikan kerana tiada apa yang boleh diperolehi dengan mudah di
dunia ini. - SUMBER
2 Foto Mia Ahmad dah bertunang?
Heboh di kalangan netizen di laman sosial bahawa pelakon jelita, Mia Ahmad
didakwa sudah bertunang gara-gara sekeping gambar cincin di jar…Read More...
0 Response to ""BODOH ! ORANG NAK BAGI HADIAH PUN TAK NAK IKUT !""
0 Response to ""BODOH ! ORANG NAK BAGI HADIAH PUN TAK NAK IKUT !""
Post a Comment