Beberapa hari lalu, calon presiden Amerika
Syarikat, Donald Trump, membuat cadangan 'aneh' agar mereka yang beragama Islam
dipakaikan dengan sejenis alat pengesan dan identifikasi, sebagai satu cara
memerangi keganasan.
Ia menerima reaksi yang pelbagai dari komuniti
Islam yang kebanyakan sudah biasa dengan mulut celupar Trump. Dan bagi seorang
gadis cantik bernama Marwa Balkar, dia menyifatkan cadangan itu sebagai satu
peluang keemasan untuk memperjelaskan apa itu Islam.
Dalam kemas kini status di laman Facebook,
Marwa berkata jika diberi pilihan, dia mahu menggunakan simbol aman atau peace
sebagai identiti kerana itulah ajaran yang dibawa oleh Islam.
Mengenai idea Trump berhubung alat pengesan,
Marwa yang menetap di California berkata ia mungkin satu langkah yang baik untuk
mendedahkan kepada ahli perniagaan itu tentang aktiviti yang dilakukan umat
Islam dalam kehidupan seharian.
Jelas Marwa, Trump akan dapat melihat bagaimana
dia melakukan kerja-kerja amal, dibantu oleh rakan-rakan seagamanya.
Dari situ, Trump akan sedar bahawa umat Islam
tetap menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Amerika yang lain.
Status yang dimuat naik pada 21 November itu
telah menerima hampir 500 ribu likes dan lebih 150 ribu perkongsian.
Lebih menarik, CEO Facebook, Mark Zuckerberg,
merupakan antara ratusan ribu yang menyukai status berkenaan.
0 Response to "Idea Merepek Donald Trump Makan Diri"
Post a Comment