
Nanjing (China): Pemaju sebuah menara tertinggi
di bandar ini didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di sini kerana mencuri
cahaya matahari penduduk.
Pemaju Menara Zifeng setinggi 450 meter itu
didapati bersalah selepas bangunan berkenaan menghalang cahaya matahari ke rumah
penduduk.
Hakim di sebuah mahkamah di sini, kemudian
mengarahkan pemaju yang membina menara berkenaan membayar pampasan kepada
penduduk.
Seorang penduduk yang dikenali sebagai Chen
menerima pampasan paling tinggi apabila menerima bayaran 100,000 yuan
(RM66,092).
Undang-undang di China mewajibkan semua
bangunan kediaman di China mendapat cahaya matahari minimum dua jam setiap hari
ketika musim sejuk.
Sejak menara 89 tingkat itu siap dibina pada
2010, ramai penduduk berhampiran mengadu bangunan berkenaan menghalang cahaya
matahari.
0 Response to "Pemaju Curi Cahaya Matahari"
Post a Comment