
Pihak berkuasa di Mexico terpaksa campur tangan
untuk menyiasat mengapa wanita ini tidak bersalin di dalam klinik. Menurut
keterangan surat khabar La Razón de México yang menulis mengenai foto
kontroversi itu, wanita ini dipaksa menunggu selama dua jam untuk mendapatkan
perkhidmatan di klinik tersebut.
Wanita ini dikenalpasti sebagai Irma López
Aurelio. Awalnya wanita berusia 28 tahun ini terbangun di rumahnya sebelum subuh
pada tanggal 2 Oktober 2013 kerana kesakitan yang sangat kuat pada
perutnya.
Sesampainya di klinik, air ketuban Lopez pecah.
Kakitangan di klinik itu memeriksanya, tetapi mereka tidak memasukkan Lopez ke
ruang bersalin. La Razon melaporkan klinik itu menyatakan mereka kekurangan
kakitangan.
Dua jam kemudian, atau sekitar pukul 8 pagi,
Lopez menjatuhkan salah satu lututnya di atas rumput di luar klinik dan mula
‘meneran’. Ibu dua anak ini tahu betul bila masanya bayi akan keluar.
Barulah setelah itu beberapa kakitangan klinik
berlari keluar untuk membantu si wanita dan kemudian ibu dan bayi laki-lakinya
yang sihat itu terus dibawa masuk dan diberi rawatan yang mereka perlukan.
0 Response to "KESIANNYA ! Punca Sebenar Wanita Ini Sanggup Lahirkan Anaknya Atas Rumput !"
Post a Comment