
Ipoh: Mayat
pelakon lelaki yang dikhuatiri lemas di Air Terjun Lubuk Degong, Kampung Chang,
Bidor, ditemui tersangkut di celah batu kira-kira 300 meter dari tempat
kejadian, hari ini.
L
Keshava Rajan, 25, warga tempatan yang berlakon di selatan India itu, dilaporkan
hilang selepas tergelincir dan dihanyutkan arus deras ketika berkelah bersama
keluarganya di kawasan air terjun berkenaan, 5.45 petang semalam.
Ketua
Polis Daerah Tapah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, 10 pegawai dan
anggota menjalankan semula operasi mencari serta menyelamat bersama-sama empat
agensi lain termasuk bomba sejak 8 pagi ini.
“Operasi
kami ditangguhkan, petang semalam, kerana cuaca gelap,” katanya.Som Sak berkata,
mayat mangsa dijumpai pasukan penyelamat, pada 9.30 pagi.
Katanya,
dia ditemui terapung dan tersangkut pada batu di tebing sungai dalam jarak 300
meter dari lokasi kejadian.
Beliau
berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Difahamkan,
mangsa yang berasal dari Hutan Melintang, Teluk Intan adalah pelakon Kollywood
iaitu gelaran industri perfileman di selatan India.
Filem
pertama lakonannya bertajuk ‘Ka Ka Ka Po’ dan bakal ditayangkan, Disember
ini.
0 Response to "Gambar Pelakon Popular Ditemui Mati Lemas Di Air Terjun Bidor"
Post a Comment